Ibu Pun Kena Denda
09 May 2012 Leave a Comment
Pada suatu hari, seorang budak sekolah rendah ( tahun 4 ye) marah-marah cerita kat ibunya.
Satu kelas kena denda. Opsss ada sorang yang tak kena denda iaitu ketua kelas.
Ibunya pun mulalah teruja nak tahu cerita aka sebab sekalian kanak-kanak itu kena denda.
Si anak pun bercerita.
“Gini, masa cikgu tu nak masuk kelas, dia jumpa dengan ketua kelas. Dia pun suruh ketua tadi pergi ambil barang di bilik guru. Ketua yang taat itu pun pergilah ke bilik guru.
Bila guru masuk ke kelas, semua orang bangun tapi ketua kelas yang biasanya bagi salam, kan takde. Penolong pulak tak biasa, jadi dia senyap je…tak cakap Assalamualaikum cikgu.. Jadi semua orang berdiri je. Cikgu tu pun marah. Terus suruh semua orang berdiri. Dah lama berdiri, cikgu tu suruh semua orang tulis ayat ni :
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam. Nak tahu berapa dia suruh tulis? 200 kali.
Macamana ni, sakit dah tangan ni tapi tak siap-siap lagi”. Panjang lebar si anak bercerita.
Emaknya dah naik hantu. “Tak payah buat!!!!
Anak : Kalau cikgu marah.
Emak : Nanti mak suruh ayah telefon cikgu besar.
Pada petangnya mulalah si ayah mendail no rumah guru besar sekolah itu. Berkali-kali mendail tapi tak dapat dihubungi. No lama kot. Esoknya si anak pergi sekolah dalam kerisauan sebab denda tersebut belum disiapkan.
Sebaik sahaja pulang dari sekolah esoknya, Maaaak….. sebab tak siap denda tu, cikgu tambah lagi 50. Jadi 250. Uwaaaa.
Ayahnya terus mendail no guru besar. Tapi….sampai sudah tak dapat dihubungi
Lastnya…. mak dan anak bergotong royong menyiapkan denda tersebut.
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
Saya minta maaf cikgu. Lain kali saya akan bagi salam
250 X. Banyak weh…..
Fuhhhh….. apa rasa ibu-ibu sekalian.
Jauhnya Mencari Nasi Kandar n Laksa
07 May 2012 Leave a Comment
16 Tahun Bersama
28 Apr 2012 Leave a Comment
Kembali Semula
27 Apr 2012 Leave a Comment
Di sekolah, rakan-rakan guru tengah bertungkus lumus (hehe bertungkus lumus ke?) menyiapkan kertas soalan untuk periksa pertengahan tahun. Kalau tahun-tahun lepas soalan dibeli tapi tahun ini tidak lagi.Mesti bikin sendiri buk. Saya? Dah siap….. Alhamdulillah. Kepada murid-murid yang baca blog ini, periksa dah dekat. Baca buku!!!!
Malam tadi singgah Matta Fair di KB Mall. Kerja ambil je pamplet yang dihulur. tapi takde satu pun yang tersangkut. Makcik rasa macam tak murah pun.
OK lah…. selamat berhari jumaat.
Ada orang tu hari jumaat n sabtu pun kena kursus.
Cerita Stokin
17 Apr 2012 Leave a Comment
Pagi tadi
Ain hanya jumpa sebelah stokin dalam almarinya.
Biasa le benda kecil.
Sebelum keluar rumah, kami selongkar kain yang belum berlipat untuk mencari stokin.
Dalam samar-samar dek mentol lampu yang terbakar saya jumpa sebelah stokin.
Dah tahu, mesti stokin abahnya.Isteri mithali… sentuh je dah kenal. hehehe
Tapi makcik hulurkan jugak kepada si budak tahun 4 itu.
Tak sangka dia pun kenal. “Ini stokin abah”
“Takpelah… hitam jugak. Pakai je lah”
Kami pun keluar rumah dengan budak tahun 4 membawa kasut dan stokin di tangan.
Biasa le…pakai stokin dan kasut dalam kereta. Jimat masa.
Tiba-tiba….. ” Ummi!!! stokin abah ni berbelang-belang”
Rasa nak ketawa guling-guling.
Tapi terpaksa le tahan….
Dibuatnya orang tu tak nak pakai dan suruh pusing balik. Tak ke haru…
” Takpe lah…dalam kasut…orang tak nampak pun”.
Ni nampak belang-belang kat betis”
“Kalau Ain tak selak, tak nampak….”
Dalam hati…kah…kah…kah….
Sampai sekolah, nasib baik dia nak turun.
Selamat….
Jom ..Melawat Kelantan
13 Apr 2012 Leave a Comment
Hari ni tak jadi nak jln2 ke Trengganu. Jadi, esok saya nak jadi macam orang luar yang datang melawat Kelantan. Nak jalan-jalan, makan-makan. Mesti makan -makan sebab makanan kat sini murah. Pastu nak pergi kb mall, pantai timur, parkson. Yeayy mesti ada acara beli-beli barang macam rugiii kalau tak beli. Dah datang jauh-jauh, takkan tak bawa balik buah tangan. Lagipun dua tahun lagi baru datang balik. Syok wei…. handbag atas parkson byk pilihan. Hehehe… Tapikan… orang melawat kelantan naik supermarket ke? Rasanya diorang naik pasar siti khadijah beli keropok, beli serunding dan yang seangkatan dengannya. Alaa…esok tak naik pasar Siti Khadijah pun takpe. Makcik tak kesah. Yang penting Parkson depan pasar tuh.
Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe
Tidur Mesti Cukup
13 Apr 2012 Leave a Comment
Malam tadi ada program kat sekolah. Makcik bersama seorang lagi kawan diminta mengawal kanak-kanak ribenna peserta program. Senang cakap, makcik kena tidur kat sekolah malam tadi. Bila dah tidur beramai-ramai tu, macam biasa le, seksa nak memaksa supaya diorang tidur. Asyik bersembang sampai lewat malam. Tak pasal-pasal dengan makcik-makcik tidur lewat.
Dan pagi ni, sedapnya makcik tidur. Hingga tertangguh program kami nak ke Trengganu.
Lala Oh Lala, Dimana Dikau?
11 Apr 2012 Leave a Comment

Kepah macam kat bawah ni memang banyak kat sini tapi rasanya. agak kurang jika dibanding dengan lala idaman hati..Masa dok Perak dulu, boleh je beli lala kat pasar pagi /pasar malam. Sedappp… .Aiyaaa…. Asyik sedap sesaja…ini macam,bila mau kurus?
Sambung cerita, masuk-masuk Maiden terus mencari lala. Macam mengidam je kan. Hehehe. Tapi kan…Sedih…takde lala weh. Yang ada hanyalah siput ni.
Siput ke ni? Siput bagi saya, yang boleh sedut-sedut je. Yang ni tak leh sedut. en suami cakap namanya siput sudu. Dia pernah makan tapi makcik idak le penoh makan lagi seumur hidup. Jadi, dek kempunan tak jumpa lala, makcik beli le jugak siput sudu nih. Balik rumah, terus goreng. Tumis bawang putih, bawang merah, lada, pastu ketuk serai, campak je dalam tuh. Selesai. Eh, bila masa masukkan siput tuh? Pandai-pandailah ya. Rasa? Takleh lawan lala. Nak lala jugak.
OK lah, Selamat Bercuti.
Kita Berbeza
10 Apr 2012 Leave a Comment
Kadang-kadang apa yang kita suka, orang tak suka.
Orang suka, kita pula tak suka.
Kita tak boleh paksa orang, orang pun tak boleh paksa kita.
Kita boleh jadi kita, tapi kita tak boleh jadikan orang seperti kita
Orang juga tak boleh jadikan kita seperti kehendaknya.
Jadi…jangan paksa-paksa.
Jangan Ganggu Orang, Buat Kerja Kita
08 Apr 2012 Leave a Comment
Sekeliling kita
Ada yang suka mengata.
Ada yang sinis bila berbicara.
Cakap tidak bertapis banyak juga.
Ada yang kerja sedikit pun mesti berkira.
Yang kaki komplen pula tak kira lokasi dan masa.
Jadi, untuk hidup yang ceria, takyah le nak ambil kira, berkecil hati dalam semua perkara.
Yang penting jangan ganggu orang, buat kerja kita.





Recent Comments