Mewahnya Bumi Malaysia

Petang semalam aku keluar ke KB. Dalam kesesakan jalanraya yang pada tahap membosankan, sampai le jugak aku sekeluarga ke KB Mall. Orang berpusu-pusu memilih dan membeli. Hajat di hati, nak beli baju raya untuk si Ain tapi disebabkan ramainya orang, aku tak reti nak memilih dan membeli. Bak kata suamiku, gelewa’ sangat, beli lain kali je lah. Dalam berjalan-jalan tu, sempat jugak le aku beli buah kurma untuk berbuka. Macam-macam jenis ada, yang bersaiz kecil, besar, bulat, panjang, merah, kuning, keras, lembik, semua ada… Maklumle pokoknya pun ada di situ. Tengokle… Mewahnya penduduk Malaysia, sampaikan pokok kurma pun boleh tumbuh dengan subur.(ops, pokok plastik)
Keluar dari KB Mall, kami ke pasar Ramadhan kat stadium. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Kesian para penjual, bukan sebab makanan tak laku tapi kasihan kerana masing-masing terpaksa berpaut pada besi khemah dek ribuk yang kuat. Kami memerhati je dari dalam kereta, takut nak keluar. Bila ribut dah reda, kami pun meredah hujan untuk sampai ke khemah jualan. Ramai yang buat macam tu, so no hal le… Si Ain pula bukan main seronok lagi main air. Dalam hujan macam tu pun, orang berpusu-pusu jugak. Dengan kata lain, pasar Ramadhan tetap meriah w/pun dalam hujan ribut……
Dalam perjalanan balik, deretan gerai yang menjual kuih muih dan lauk pauk di Cabang 4 Cherang, JPJ Panji, Kedai Lalat dan lain-lain semuanya berjalan seperti biasa. Mewahnya bumi kita dengan bermacam-macam jenis makanan dan minuman.
Di Kelantan sekarang ni, masih lagi dibanjiri dengan buah-buahan terutamanya dokong dan duku. Tahun ni dokong dan duku memang menjadi, tapi ramai yang merungut tak laku dijual. Harga di pasar Rm1/1 kilo. Jadi berapa sen orang kampung jual kepada pemborong? Sudahnya ramai yang membiarkan dokong gugur je tanpa dipetik.
Masa aku balik dari pasar Ramadhan semalam, ada duku satu plastik depan pintu ( orang bagi le tu ) dan lebih kurang setengah jam lepas tu, sepupuku hantar pula dokong. Mewah…mewah… yang acap kali menyebabkan berlaku pembaziran. Banyaknya dokong menyebabkan pemiliknya tak tahu nak bagi pada siapa dan nak jual kat mana. Eh, kenapa tak jual luar dari Kelantan. Negeri-negeri lain musim dokong n duku jugak ke sekarang ni?
Walau apa pun, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt.

10 Comments (+add yours?)

  1. zairaza
    Sep 30, 2007 @ 12:06:00

    haih.

    sabor jah laa bacow.

    Reply

  2. Hilarious
    Oct 01, 2007 @ 01:22:00

    Ustazah mari jual la KL..bowok dokong2 tu blako..

    Bila sebut staduim, sy teringat sok mo gi ngan ma sy..

    paling saya berehi, Roti Tempayan..

    cicoh nga kuah daging, fuhh..xpg terawih la..

    yak igt poso..huhuhu..

    kalu dan nk g skali pasar ramadhan kat stadium, ma pun dok tunggu “anok jate” dio balik..

    Reply

  3. hanira
    Oct 01, 2007 @ 04:31:00

    bertuah Msia

    Reply

  4. hanira
    Oct 01, 2007 @ 04:42:00

    tok Arab kata dMsia tane tongkat jadi buah, dArab tane pohon jadi tongkat. Alhamdulillah Msia ku

    Reply

  5. Hail Afiq
    Oct 01, 2007 @ 07:24:00

    rayo ni ado lagi dokong abah key…tak dam nok kelikk…

    Reply

  6. zawahil-nor
    Oct 01, 2007 @ 08:52:00

    Awak makan ke dokong? Ingatkan makan stawberi je. hehe

    Reply

  7. echah_syed
    Oct 01, 2007 @ 12:06:00

    bestnyer tue..kt sabah xde buah dokong..kirim la sini..:D

    Reply

  8. zawahil-nor
    Oct 01, 2007 @ 12:32:00

    Combi,kalau saya kirim, sampai kat Sabah, buah tu dah busuk.

    Reply

  9. echah_syed
    Oct 02, 2007 @ 00:48:00

    alaa pakai kurier sari pun bole smpi tau..ahaks

    Reply

  10. zawahil-nor
    Oct 02, 2007 @ 09:04:00

    Echah, bawak mai alamat, nanti saya pos.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: