Dalam Kenangan

Seronoknya mengenang alam persekolahan dulu. Aku sempat masuk tadika dalam sehari dua je sebab takdak orang nak hantar. Masa tu tadika yang paling dekat terdapat di Tawang. Aku pun tak ingat nak cerita tentang kelas tadikaku. Paling seronok masa sekolah rendah di SK Tawang. Walaupun setiap hari aku berjalan kaki ke sekolah tapi ianya amat menyeronokkan. Selepas balik dari sekolah dan makan tengahari sekali lagi aku dan rakan-rakan berjalan kaki pergi mengaji. Balik dari mengaji, tanpa membuang masa aku keluar bermain sehinggalah senja. Sebelum tidur waktu malam , ada le aku belek buku dua tiga helai sebelum terlelap. Masa tu tak ada tuition seperti sekarang.

.

Sepanjang sekolah rendah, aku sentiasa berada di kelas A dan setiap kali periksa, biasanya aku akan dapat nombor bawah dari sepuluh. Kira ok le tu sebab aku pun bukan belajar sangat, main je yang lebih. (bila lagi nak angkat ekor) Tapi, memang seronok masa berada di sekolah rendah dulu. Aku selalu masuk pertandingan nasyid, kuiz, bola jaring dan macam-macam lagi.Cikgu pun semua kenal. Masa tu pergi sekolah pakai skirt paras lutut. Walaupun berskirt tapi masa rehat, kami main macam-macam permainan. Yang paling aku ingat, main lompat tali getah. Siap menonggeng hingga nampak seluar dalam. Punya le tak tahu malu walaupun depan budak lelaki atau cikgu sekalipun.
.
Bila masuk sekolah menengah, barulah aku mula rajin sikit. Masa ni aku dah reti malu. So, aku dah tak ronda kampung dan tak main macam sekolah rendah lagi. Disebabkan sekolah agak jauh,(SMU Amir Indera Putera) aku menyewa rumah berhampiran sekolah. Alamak, aku duduk rumah sewa tapi langsung tak pandai masak. Nasib baik ada sepupuku (sebelah bapa) tinggal bersama. Masa tu sepupuku ini tingkatan 4. Jadi, dia yang memasak. Menu wajib masa tu biasanya berasaskan telur dan ikan bilis je. Tapi masa tu semua sedap. Sebenarnya kami tinggal ber 4. Dua orang lagi sepupu kepada sepupuku itu. Lebih kurang setahun kami tinggal bersama.Lepas tu aku lebih selesa berulang mengayuh basikal bersama sepupuku (sebelah mak) yang junior setahun dariku. Tuhan saja yang tahu macam mana letihnya mengayuh basikal dengan berhujan, berpanas, berselut. Agaknya dah secawan peluhku menitis di sepanjang jalan tersebut. Masa tu jalan warna merah dan belum diturap dengan tar lagi.
.
Kalau tak silap masa nak ambik SPM barulah aku dan sepupuku tinggal di rumah sewa semula. Masa ni memang aku betul-betul balajar (kononnye). Kiranya waktu tidurku dikurangkan sedikit daripada biasa (biasanya terlebih tidur). hehe. Pendekata, berbaloilah dengan keputusan yang aku dapat masa SPM dan STPM dulu. Alhamdulillah ramai sahabat karibku berjaya menyambung pelajaran ke Universiti termasuklah aku. Terimakasih Lah, Dura, Adha, Zuby dan lain-lain yg sudi menjadi sahabatku dari zaman sekolah menengah hingga ke universiti malah hingga kini. (kecuali peguam dan lecturer kita, Dr Nor ‘Adha yg sudah lama lost contact )
.
Semasa di universiti, aku belajar tahap biasa-biasa je. Terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan masa SPM dulu. First year aku duduk di Kolej ke8. Nun jauh di atas bukit. Second year n third year aku menyewa dengan rakan-rakan di Seksyen 17. Final year aku berpindah pula ke Kerinchi. Apa yang dapat aku katakan, belajar di U memang tidak “setensian”aku belajar untuk SPM atau STPM. Alhamdulillah, selepas grade aku terus dpt sambung diploma pendidikan di UM. Memang aku bernasib baik sebab kami yang baru grade tak ramai yang terus dapat sambung dip ed. Kali ni aku menyewa bilik di Pantai Dalam bersama Dura, kawanku dari dulu hingga sekarang. Kami 4 orang menyewa sebuah bilik servant di sebuah rumah flat 4 tingkat. Bayangkan, 4 orang berkurung di bilik yang amat kecil dengan berkongsi satu bilik air bersama tuan rumah suami isteri, dua orang anak yg masih tadika dan seorang anak dara adik tuan rumah.
.
Walau bagaimana pun, syukur Alhamdulillah, di dalam kepayahan itu aku dapat menamatkan pengajian dari sekolah rendah hinggalah ke universiti, seterusnya dapat berdikari mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. InsyaAllah dengan sedikit kesenangan ini akan memberi laluan dan peluang yang baik buatku berbakti dan beribadat sebagai bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Amin

.

Masa ting 3 bersama Adha (kiri)dan Rosnah (kanan)

.

Kawan Karibku. Dari kiri : Zuby, Dura n Adha. Yang baju putih tu dah ada 7 orang anak

.

Lagi kawan baikku. Zunaidah Ibrahim ( sudah jadi orang Johor)

.

Aku sangat suka orang ini. Sepupuku yang sentiasa bersama susah dan senang.
.

Semasa menyewa di Kerinchi

.
Bersama kawan baikku Ramlah.

6 Comments (+add yours?)

  1. Hilarious
    Nov 21, 2007 @ 01:40:00

    Cerita buleh wat lagu..

    Bangkit Asal 3

    Reply

  2. zawahil-nor
    Nov 21, 2007 @ 01:59:00

    tu la, budak2 la ni semua nak senang..kalu tak nyusah ko orang takpe jugak!!!

    Reply

  3. zawahil-nor
    Nov 21, 2007 @ 02:00:00

    bukan marah…geeraam skit je

    Reply

  4. arsaili
    Nov 21, 2007 @ 03:25:00

    wahhh nostalgia sungguh….

    Reply

  5. Abang Long
    Nov 23, 2007 @ 01:17:00

    Abang Long paling suka baca kisah seseorang. Kisah seorang rakyat biasa. Ada ketikanya kisahnya hampir sama. Dan boleh menimbulkan nostalgia. Eh, bila kali pertama jatuh cinta ?

    Reply

  6. zawahil-nor
    Nov 23, 2007 @ 02:26:00

    Hahaha.Abglong ni.Rahsia

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: