Jumaat ku

Pagi semalam, lebih kurang pukul 9.00 C panji dan pakwe ke Tadika Intelek Maryam. Ada perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru tadika tersebut. Sambil menunggu guliran untuk jumpa cikgu kelas Ain, saya terpandang beberapa pasang kasut kertas yang dipamerkan di papan kenyataan tempat menunggu tu. Antara kasut-kasut tersebut, ada yang tertulis nama Ain Syafizah. Apa lagi…saya tengok kiri kanan dan terus snap gambar kasut tersebut. Ooo..Patut le sahari dua ni asyik buat kasut kertas je kat rumah…
.
Balik dari tadika,singgah pasar. Beli macam-macam hingga lenguh membimbit.Hehehe.
.
Lepas solat Jumaat kami sekeluarga ke rumah
kawan di Pintu Geng yang mengadakan kenduri
kesyukuran. Makan, makan dan makan.
.
Balik dari Pintu Geng singgah Pc Fair di KB Mall. Ada yang berkenan tapi tunggulah hingga harga turun sikit lagi. Comelnya laptop yang kecik ituu…
Sebelum tamat sesi ronda KB Mall, macam biasa beli
buah berangan. Sedapp… Teringat zaman kecik-kecik
dulu, di kg saya ada sebatang pokok berangan. Jadi, pada musim berangan gugur, kami budak-budak kampung akan berlumba-lumba mencari buah berangan. Tanpa rasa takut, kami akan mencarinya di subuh-subuh hari dengan lampu dan jamung ( obor?) .Meriahnya macam pesta.
.
Kami balik ikut P.Chepa kerana bercadang untuk singgah di Pesta Flora. Tapi disebabkan cuaca masih
lagi agak panas, kami terus balik rumah.

9 Comments (+add yours?)

  1. echah_syed
    Apr 05, 2008 @ 07:51:00

    kalo tak gi tatau kasut ain kena pamer kat situ ekk :p

    mesti tantek kan..:)

    wow nak gi pangkor yaa..beli satay sotong n satay ikan byk2..mcm huby aritu 😀

    Reply

  2. cikgu panji
    Apr 05, 2008 @ 08:17:00

    Combi, suka sate ayam je.hehehe

    Reply

  3. silversarina
    Apr 05, 2008 @ 08:47:00

    Comel kasut tu🙂

    berangan sedap kalau dipanggang dan dimakan dengan butter .. yummy !!

    Reply

  4. cikgu panji
    Apr 05, 2008 @ 09:14:00

    silversarina, sekarang ni tak penah jumpa pokok berangan.Kat supermarket je byk…

    Reply

  5. Smartphone
    Apr 05, 2008 @ 22:22:00

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations🙂. I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Smartphone, I hope you enjoy. The address is http://smartphone-brasil.blogspot.com. A hug.

    Reply

  6. ---> kelat
    Apr 06, 2008 @ 08:43:00

    baper saiz kasot tu ek… saiz 4 ker??? nak penjammmmmmm… ngeeeeeeee…

    Reply

  7. CikguZue
    Apr 06, 2008 @ 11:11:00

    salam jenjalan…

    Reply

  8. cikgu panji
    Apr 06, 2008 @ 11:36:00

    Kelat,saiz 7.hehe

    Reply

  9. cikgu panji
    Apr 06, 2008 @ 11:37:00

    cikguzue, jenjalan tak letih ke? Elok2 kat jln…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: