Simpan Atau Buang?


Sebahagian daripada koleksi majalah yang masih tersimpan. Walaupun kegilaan membeli majalah tidak lagi sehebat tahun 1990an, tapi saya masih membeli dan koleksi ini bertambah banyak dari bulan ke bulan. Ditambah pulak dengan kegilaan pakwe tercinta yang tidak pernah terlepas dari memiliki majalah kegemarannya hingga kini. ( saya dah suam-suam kuku, dia yg masih gila teruk.hehehe) Sayang punya pasal, saya sanggup angkut naik lori semasa berpindah dari Perak beberapa tahun lepas.

Hari ni, mood mengemas terlebih sikit dari biasa. Dalam mengemas yang tak pernah kemas-kemas tu, terjumpa pulak printer lama ni. Nampaknya jodoh saya dengan printer ni amat panjang. Sebenarnya printer ni dibeli untuk print stensil. Dulu tiap kali nak buat soalan, memang berguna le printer ni. Sekarang orang dah tak guna stensil, jadi printer ni mendapat rehat yg panjang.Tapi, saya masih bermasalah untuk membuangnya. Sayang lagi… Yang herannya, empat lima biji printer dah dibeli selepas printer ni. Bila rosak, buang, rosak, buang. Tapi yang ni, tidak jugak dibuang-buang. Mungkin masa simpan dulu, dia tak rosak, masih hensom bergaya. Maka sampai hari ni saya tidak berniat untuk membuangnya walaupun sekarang saya amat selesa dengan Mr Brother yg mempunyai bermacam-macam fungsi.

Mesin taip ni pun sangat panjang jodohnya dengan saya. Yang ni makcik laaagi sayang. Masa belajar dari first year hingga grad, dialah buahati yang banyak berjasa. Kalau esok dateline nak ngantor assignment, maka sampai ke pagi le dia menemani tuannya ini. Buat apa saja tanpa membantah. Semestinya mengurut belakang,membancuhkan kopi, menghidang biskut kering disuruh titik, maka titik lah dia, disuruh koma, maka komalah dia. Nasib baik tak pernah berasap…. Jangan risau, kerana jasamu itu, akan ku simpan juga.

Tengah mengemas-ngemas, jumpa pulak benda kat bawah ni. Yang ni, tanpa fikir panjang, buang. Sekarang orang dah tak guna. Maaf ye

Ada satu benda lagi yang menyesakkan tuang yang memang kecik ni. Disket yang sekarang ni sudah berganti dengan pendrive dan yg seangkatan dengannya. Nak kena dapatkan khidmat nasihat pakar dulu sama ada boleh dibuang atau sebaliknya. hehehe.

OK, Dah letih. T kasih.

6 Comments (+add yours?)

  1. mama ranggie
    Jun 04, 2008 @ 05:40:00

    kalo nak buang majalah2 tu nanti..pk dulu k!

    bg mama pon,mama suker!

    Reply

  2. CIKGU PANJI
    Jun 04, 2008 @ 06:40:00

    ok, no problem.mama suka baca majalah jugak ke?

    Reply

  3. Jie
    Jun 05, 2008 @ 01:24:00

    mesin taip tu..anak2 dah tak kenal mcm mana rupa dia tuu

    dulu masa tunggu spm, ada gak g kelas menaip..dpt gak sijil peringkat menengah.

    Reply

  4. CIKGU PANJI
    Jun 05, 2008 @ 01:45:00

    Teringat zaman dulu2 ada pakcik ambil upah menaip surat/borang berhampiran setiap pejabat tanah. sekarang ni, ada lagi ke? Kalau ada pun mungkin sekarang ni dah guna ltop…hehe

    Reply

  5. BaniHassim
    Jun 06, 2008 @ 02:16:00

    Simpan kak…
    Boleh masuk arkib negara…
    Simpan leklok..
    Masuk kotak…
    Sbab barang-barang lame nih byk sentimental valuenyer…
    Skg dah tak jumpe dah bende-bende nih…

    Reply

  6. cikgu panji
    Jun 06, 2008 @ 06:32:00

    buat menyemak je dik oi… takdak ruang nak letak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: