Cerita Semalam

Pakwe : Hello.
CP : Hello.
Pakwe : Petang ni ada kawan nak datang rumah.
CP : Sapa?
Pakwe : K….. Collector dari Singapore.
CP : Berapa orang?
Pakwe : Tak pasti. Diorang datang dengan van.
CP : Saya ada kelas tambahan petang ni.
Pakwe : Takpe la
CP : Tengahari saya balik hantar Ain kejap.
Pakwe : Boleh le bancuh air. Nanti saya letak ais je.
CP : Ok. Masa balik sekolah, beli le kuih.
Pakwe : Ok.
CP : Bye

Habis kelas tengaharinya, terus ambil Ain.Masa tu dia masih bertelekung menunggu untuk solat Zuhur. Balik rumah, solat dan siapkan apa yang patut. Kemudian berdesup saya kembali ke sekolah kerana kelas bermula jam 3 petang. Tercungap-cungap menapak anak tangga hingga menghairankan anak muridku. Takdak apalah, terlewat sikit.(jam 3 baru masuk pagar sekolah) Jawapan standard bila seorang daripada mereka bertanya sebab kekalutanku. Dan kelas berjalan seperti biasa. 5 petang, balik rumah dan yang tinggal gelas dan pinggan yang belum berbasuh. Sambil membasuh, baru teringat aku belum makan tengahari. Lepas solat Asar, iron baju untuk esok.Boleh tahan jugak letihnya.
Sebelum Maghrib, blackout le pulak. Nasib baik ada lilin dan lebih bernasib baik lagi, aku dah iron baju. Yang syoknya, lepas solat maghrib, kami keluar jjcm. Bila balik, masih lagi bergelap…. Solat Isyak, terus cari bantal.

Ain seronok le main lilin ni..

Takdak citer lain ke nak tulis??

9 Comments (+add yours?)

  1. CikguZue
    Jun 12, 2008 @ 15:49:00

    cari bantal dalam gelap, best kan…terus nyenyak…

    Reply

  2. CIKGU PANJI
    Jun 12, 2008 @ 22:11:00

    cikguzue, tidur yg sgt berkualiti.hehe

    Reply

  3. pReciOus shaRihaNa iLesOr
    Jun 13, 2008 @ 01:30:00

    ain pon suke maen lilin ye.

    mama smpai skrg dok pesan jgn maen lilin kt sy ngan adek kalo blackout.

    sbb dier tau dh bsar2 pon dok maen cm budak2 lagi.

    hoho.

    *malu2*

    😀

    Reply

  4. CIKGU PANJI
    Jun 13, 2008 @ 01:36:00

    precious, beringat sebelum kena.masa nak tidur,mesti padamkan lilin…bimbang

    Reply

  5. manje
    Jun 13, 2008 @ 06:20:00

    emm jgn lupe tiup lilin sebelum nak tido takut nati perkara yang buruk berlaku… biar bergelap dari membahayakan diri sendiri…

    Reply

  6. Intan Rosnitta
    Jun 13, 2008 @ 06:20:00

    Wow!

    Candle light nite la… hihi😉

    Reply

  7. CIKGU PANJI
    Jun 13, 2008 @ 07:19:00

    manje,intan..
    sekali sekala bergelap,best jugakk.

    Reply

  8. Jie
    Jun 15, 2008 @ 02:59:00

    ewahhhhh…romantiknya rumah dia org…

    😀

    kalau panas..boleh ke tido..hehehe

    Reply

  9. cikgu panji
    Jun 15, 2008 @ 12:14:00

    Haha…tu le masalahnya…panasss

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: