Belum Tercabut Dah Tumbuh

Selepas balik dari kelas tambahan tengahari tadi, saya terus menghala ke KB. Cadangnya banyak perkara yang ingin diselesaikan pada hari ini. Perkara pertama, pos barang. OK selesai. Perkara kedua, mencari baju untuk tiga orang baby cikgu-cikgu kat sekolah. Tengah-tengah menunggu proses membalut di sebuah super market, saya ternampak sesuatu berwarna putih di bahagian gusi, atas daripada gigi bongsu Ain. Bila saya angkat sedikit bibirnya, ya Allah ..punya le terkejutnya sebab gigi kapaknya kacipnya yg kekal telah tumbuh di atas daripada gigi bongsunya. Punya le besar gigi tersebut dan kedudukannya yang jauh lebih tinggi daripada gigi-gigi yang lain. Bukan jongang, bukan berlapis, tapi kedudukannya tinggi hingga terlindung di bawah bibir.
Dengan tidak membuang masa, selepas menyelesaikan bayaran kami bertiga terus mencari klinik untuk mencabut gigi kacip bongsunya yang masih bertakhta disinggahsana. Empunya diri dah pucat kerana takut mencabut gigi. Saya pulak punya le tension kerana tak pernah melihat gigi yang tumbuh jauh menyimpang daripada tempat yg sepatutnya. Kesiannya… Yang lucunya pulak, makcik kecik ni cakap tak nak cabut dengan Dr yang tua, nak cabut dengan Dr muda, nak cabut pulak dengan Dr yang paling bagus. Mana le kita tahu Dr mana yg bagus… Dan, satu lagi yang melucukan, dia beria-ia cakap mak long pernah beritahu bahawa dia ( maklong ) pun Dr gigi. Bila masa le pulak mak long yang kerja pensyarah maktab tu jadi Dr gigi. Ain…Ain…Dah selesai cabut gigi, kami terus balik rumah. Nampaknya setakat itu sahaja urusan yang dapat diselesaikan hari ini. Siapa tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang. Nak biar macam tu je ke gigi yang dah tumbuh jauh dari landasannya tu? Masa jumpa Dr gigi tadi takdan nak tanya sebab dok pujuk makcik kecik tu yang sangat ketakutan. Ada ke Dr yang baca blog ni??
Di klinik gigi. Lap jangan tak lap.
Nanti orang nampak Ain nangis…

Dalam perjalanan balik selepas gigi dicabut

Sampai rumah, terus lena. Sampai pucat makcik ni

14 Comments (+add yours?)

  1. en_me
    Jun 14, 2008 @ 15:24:00

    me bukan doktor.. tapi kuasa tuhan nak wat camner..

    Reply

  2. Abang Long
    Jun 14, 2008 @ 16:10:00

    Paling gerun bila nampak jarum suntikan masuk kedalam mulut … aduhaiiiii

    Reply

  3. Jie
    Jun 15, 2008 @ 02:58:00

    beraninya dia…. Intan dulu bukan cabut..gg berlubang..nangis sampai terkencing².

    Bukan Intan je takut jumpa dentist..mama intan ni..doc baru je suntuk ubat bius nak cabut..dah jatuh terjelepuk ..

    pengsan!

    hahaha…jadi tak bolehlah nk mengata anak sendiri .

    Reply

  4. ija
    Jun 15, 2008 @ 03:15:00

    er akak..sy terinagt masa sy kecik2 dulu..dlm darjah 1 ke 2..lupa dah..mcm ain lah gak..gigi susu belum tanggal dh tumbuh gigi kekal atas dia..mmg tumbuh kat atas la..terlindung..so la ni saya ada kiri kanan gigi taring/bersiung..bila saya ketawa aja akan nampak..org sume tegur..eh eh dia ada gigi taring la..hal ni membuatkan sy rasa rendah diri sesangat..jarang senyum apatah lagi ketawa..tapi bila dah besar, sy jadi syg plak kat dua batang gigi ni..mesti bg perhatian lebih la..sbb org cakap itulah yg membuatkan sy nampak manis(haha perasan disitu)..tp mak sy cakap, dari datuk(belah abah), abah sy, dua tigaorg makcik dan pakcik, kakak saya, abg saya, adik saya, semuanya ada..kuasa tuhan..

    Reply

  5. CIKGU PANJI
    Jun 15, 2008 @ 08:03:00

    en_me, manalah tahu kot pernah mengalami situasi yg sama…hehe

    Reply

  6. CIKGU PANJI
    Jun 15, 2008 @ 08:05:00

    ab long, seumur hidup, hanya sekali saya cabut gigi di klinik.Masa tu masih sek rendah. Takuttt…

    Reply

  7. CIKGU PANJI
    Jun 15, 2008 @ 08:08:00

    k jie, saya takut jugak tapi takdelah sampai pengsan.kiranya saya berani sikit dari k jie. haha…Perasan le pulak.

    Reply

  8. CIKGU PANJI
    Jun 15, 2008 @ 08:11:00

    Ija, menarik tu. Nak tanya sikit, gigi tu tumbuh tinggi di atas. Jadi, nampak pendek ke gigi tu?? Nanti nak gi melawat blog Ija. Nak nengok Ija senyum.Mcmana rupanya gigi tu?

    Reply

  9. pReciOus shaRihaNa iLesOr
    Jun 15, 2008 @ 19:32:00

    This post has been removed by the author.

    Reply

  10. pReciOus shaRihaNa iLesOr
    Jun 15, 2008 @ 19:33:00

    seumo idop pnh tampal gigi sekali jer.
    xpnh lagi cabot gigi.

    alhamdulillah.

    tuhan maha tahu hamba dier yg sorg nie pnakut nak mampos~!!!

    heeeeeee.

    😀

    saya x setabah ain.

    🙂

    Reply

  11. CikguZue
    Jun 15, 2008 @ 22:28:00

    moga cepat sembuhnye…

    Reply

  12. HAPPYIRFA
    Jun 16, 2008 @ 08:12:00

    SALAM CIKGU PANJI..
    SAKIT TU……SIAN DIA

    Reply

  13. CIKGU PANJI
    Jun 16, 2008 @ 11:51:00

    precious, walau mcmana pun, gerun tetap ada.hehe

    Reply

  14. CIKGU PANJI
    Jun 16, 2008 @ 11:56:00

    cikguzue, Sakit kejap je.Mlmnya dah dpt makan….

    irfa, sabtu ni nak gi cabut gigi geraham yg berlubang pulak.(Dlm proses memujuk dan memberi semangat)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: