Itu Pun Nak Marah?

Pagi tadi, dalam perjalanan ke sebuah rumah di Pasir Putih, saya terdesak untuk membeli sehelai kain batik. Tapi disebabkan kebiasaan hanya kain pelikat yang siap berjahit, maka saya terpaksa membeli kain pelikat. Kebetulan saya melalui satu kawasan pasar minggu. Jadi, saya meluru ke sebuah gerai yang paling hampir. Dua orang muda sedang mengeluar dan menyusun segala macam kain dan pakaian di gerai tersebut.

CP : Kain pelikat ada ke?
Peniaga : Ada. Nak hak lagu mana?
CP : Emm…hak biasa je.

Peniaga muda itu menghulurkan beberapa helai kain pelikat kepada saya dan menyusun beberapa kotak kain pelikat lagi di atas gerai jualannya. Saya membelek kain yang diberi dan bertanya harganya. Kerana tidak berpuashati dengan kualiti kain yang diberi, saya bertanya pula kain yang tengah disusun itu.

CP : Hak tu berapa ringgit?
Peniaga : Hak ni mahal.
CP : Berapa ringgit?
Peniaga : Mahal ni. Hak ni kain molek.Bla…bla..bla

Saya rasa dah tak boleh kontrol ayu perasaan yang mula berasap.

CP : Mahal…mahal…berapa ringgit?
Peniaga : RM18.00
Saya menghulurkan wang, ambil kain pelikat itu dan terus meninggalkan gerai tersebut. Dalam hati :!!!%^&dsremhjk/'[%33gn./??
Masa nak balik tadi, kakak tu bagi seekor burung yang ditangkap oleh suaminya. Fresh lagi… terimakasih daun keladi. Semangat le pulak masak tengahari ni.

Sapa le yang kebulur makan tinggal tulang je ni?

21 Comments (+add yours?)

  1. mama ranggie
    Jul 18, 2008 @ 08:06:00

    kalo nak beli,biarlah yg elok sikit kan..

    Reply

  2. IBU KUMBANG
    Jul 18, 2008 @ 08:45:00

    Ya ampun.. apasal dia nak explain panjang lebar bgtau jela regenya

    Reply

  3. echah_syed
    Jul 18, 2008 @ 08:51:00

    org kaya shopin..takyah tawar menawar..hiks :p

    Reply

  4. CIKGU PANJI
    Jul 18, 2008 @ 08:56:00

    masih kegeraman mengingatkannya. macam le kita ni….sangat.betul tak mama, ibukumbang, combi?? Sabarrr…..

    Reply

  5. echah_syed
    Jul 18, 2008 @ 08:57:00

    burung aper tu..?

    sedapnyer sampai menggigit pinggan :p

    Reply

  6. kuInaJentayutiara
    Jul 18, 2008 @ 09:23:00

    tak reti jwb soalan tu…

    Reply

  7. Anonymous
    Jul 18, 2008 @ 11:01:00

    lain kali awk datang kedai saya saya nak buat macam tu jugalah.Lepas tu saya nak bagi tahu harga sekali ganda dari harga biasa.

    Seriously, kalau saya, saya pergi je (tak usah belilah kalu niaga macam ni) nama lagi musafir,tok leh duduk lama2.

    Reply

  8. CIKGU PANJI
    Jul 18, 2008 @ 12:15:00

    combi,
    tak tahu burung apa..tahu makan je

    kuina,
    mungkin silap faham.

    musafir,
    nak aniaya kawan ke? musafir takpe asalkan tidak berkelana…hehe

    Reply

  9. Anonymous
    Jul 19, 2008 @ 02:06:00

    saya cuba buat blog jugalah kalu buleh panggil bloglah, kalau nak baca pergilah ke musafirmusurfing.blogspot.com

    Reply

  10. 13may
    Jul 19, 2008 @ 03:04:00

    thanks for visiting my blogšŸ™‚

    Reply

  11. CIKGU PANJI
    Jul 19, 2008 @ 04:31:00

    13may, tkasih kembali

    Reply

  12. tasikmerah
    Jul 19, 2008 @ 06:21:00

    burung masak ape?

    jalan2 ke rumah kamu…

    Reply

  13. azlanlin
    Jul 19, 2008 @ 07:52:00

    Hak “mahal” utk org yang berjimat duit… dan dianggap murah magi org yg berduit. Tapi..peniaga tu psiko je tu..hahahha

    Reply

  14. 13may
    Jul 19, 2008 @ 14:07:00

    saya dulu pun penah berniaga gak…
    tapi tak penah nak layan lebih kurang ngan customer…

    hehhe hehhe

    Reply

  15. en_me
    Jul 19, 2008 @ 15:22:00

    ammvoiii, mahal kannns.. ehehe

    Reply

  16. TokNabe
    Jul 20, 2008 @ 03:23:00

    Semuanya menguji kesabaran…

    Reply

  17. CIKGU PANJI
    Jul 20, 2008 @ 06:44:00

    tasikmerah,
    t kasih krn sudi bertandang.

    azlanlin,
    perangai manusia…macam2.

    Reply

  18. CIKGU PANJI
    Jul 20, 2008 @ 07:10:00

    13may,
    kadang2 kita pun boleh hilang sabar bila menghadapi situasi spt itu.

    en_me,
    mahal pada saya tapi murah pada en_me.hehe

    Reply

  19. CIKGU PANJI
    Jul 20, 2008 @ 07:11:00

    toknabe,
    susah jugak nak mendidik jiwa menjadi seorang yg penyabar.Mcmana ye?

    Reply

  20. arsaili
    Jul 21, 2008 @ 14:25:00

    salam..saya pun ada kess masa kat KB hari tu..saya nak cepat hantar fax..lepas tu kedai tu cam tanak berniaga jer..mana entah penjaga counter..bila dah ada yg layan kat counter, byk la songgeh..kita tanya ada kertas kosong, dia sibuk tanya..nak buat apa? saya ulang pertanyaan..dia tanya lagi you nak fax sekali ker…apa lagi..org nak cepat..lagi sibuk tanya utk apa..so sy pun meninggi suara..u ada kertas kosong atau tak? baru dia ckp..ada kat situ..eee geram. Lepas tu masa nak fax, dia kata machine dia bole hantar 2 pages jer…berasap betul..terus keluar dari kedai tu..gi kedai lain…kena ambil anger management nih

    Reply

  21. CIKGU PANJI
    Jul 21, 2008 @ 14:34:00

    hehehe. time kita nak cepat le diorang banyak songeh. ingat kita nak free ke?? Udah nak keluar tanduk…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: