Kena Cium

Pagi tadi ada penggambaran guru-guru dan kakitangan SMK Panji.
Lepas waktu sekolah, ada taklimat untuk Majlis Perpisahan Puan Pengetua.
Semasa sesi soal jawab berlangsung, CP menyusup keluar dari bilik taklimat kerana pada pukul 3.00 – 5.00 ada kelas tambahan menggantikan seorang guru lain yang ada hal ( baru minta CP menggantikannya tengahari tadi). Jadi, CP mesti mengambil
si kecil montelku ini dari tadika dan menghantarnya pulang ( rumah mak) sebelum CP balik semula ke sekolah untuk tugasan kelas tambahan itu.

Selepas kelam kabut menyiapkan apa yang patut, CP bergegas ke sekolah. Tiba-tiba… sterika off ke tak? Off ke tak? Untuk lebih selamat, CP berpatah balik.
Dalam perjalanan kali kedua untuk ke sekolah tengahari tadi, seperti biasa CP melalui jalan kecil yang nyaman dengan rimbunan pokok buah-buahan dan hutan belantara kecil sebelum keluar ke jalanraya. Tiba-tiba sebuah motosikal meluncur laju memasuki lorong tersebut dan tanpa sempat CP mengelak, aikk… dia mencium rakus mr blue kesayanganku . CP hanya sempat menekan brek dan melihat motosikal lawanku melintang jalan yang kecil itu. Perlahan-lahan CP turun. Tanya sakit ke tak? Dia cakap takde apa-apa. CP meninjau bahagian hadapan. Uwa…pecah mata mr blue.

7 Comments (+add yours?)

  1. IBU KUMBANG
    Jul 22, 2008 @ 11:27:00

    Wah….sedihnya.. Tapi tak pe asalkan akak takde apa-apa

    Reply

  2. ija
    Jul 22, 2008 @ 14:17:00

    alamak..kalo saya pun rasa camtu..kita dah cukup berhati2 dah kannnn

    Reply

  3. Intan Rosnitta
    Jul 23, 2008 @ 03:21:00

    Nasib baik kedua2 org x ada apa2. Malang x berbau…

    Reply

  4. CIKGU PANJI
    Jul 23, 2008 @ 07:14:00

    ibu kumbang,
    memang betul, malang tak berbau

    ija,
    kita tak bersalah pun…hehe.nasib baik sikit tu je yg rosak.

    intan,
    Alhamdulillah tuannya masih segar bugar…hehe

    Reply

  5. echah_syed
    Jul 23, 2008 @ 08:17:00

    lorr mahal lampu tu tau😦

    nak wat camne mmg dah tertulis kat sana suda.

    apapun alhamdulilah CP ok.

    Reply

  6. kujie
    Jul 23, 2008 @ 08:22:00

    sedihnya…udah kesayangan, terkena sikit je mesti sedih..

    Reply

  7. CIKGU PANJI
    Jul 23, 2008 @ 08:57:00

    combi,
    ini bukan bijik mata mahal le….hehe

    kujie,
    kejadiannya di hujung bulan menyebabkan tahap kesedihannya berganda2.uwa…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: