>Cerita Semalam

>Sebaik melabuhkan punggung di kusyen kereta buruk lagi kecii milikku, Ain meminta untuk membeli keropok lekor .
Saya berhenti betul-betul di tepi gerai berhampiran tadika tempat Ain belajar.
Makcik pemilik gerai memaklumkan keropok telah habis dan mataku ghairah memerhati pisang goreng yang masih panas.
Tak apalah makcik, bagi pisang goreng je lah.
Sebenarnya, di hadapanku telah ada dua orang kanak-kanak yang juga ingin membeli pisang goreng.
Tangan makcik tersebut lincah memasukkan pisang goreng ke dalam plastik untuk kanak-kanak tersebut.
Dan…. Cikgu, cukup untuk demo dua orang ni je. Saya cepat-cepat melihat ke arah kuali di belakangnya….kosong.
Tak apalah makcik.
Saya terus memasuki kereta dan memaklumkan ketiadaan keropok dan pisang goreng kepada Ain.
Untuk tidak menghampakannya, saya singgah pulak di gerai berhampiran untuk membeli milo ais. (Minuman kegemaran kami di gerai tersebut).
Sebaik saja saya menghampiri gerai tersebut, tuannya bersuara: Cikgu nak milo beng ke? Air batu takdak, habis dah.
Sekali lagi, saya bersuara lemah. Tak apelah.
Sebaik saja memasuki kereta, Ain bertanya: Mana air?
Cepat saya jawab: Ais takdak.
Dalam perjalanan pulang, saya kembali membayangkan keropok lekor, pisang goreng dan air kelapa yang biasanya menjadi jualan sebuah gerai berhampiran dengan rumah saya. Tiba-tiba Ain bersuara: Ummi, kita beli keropok ngan air dekat rumah kitalah. Saya hanya mendiamkan diri.
Sampai di gerai tersebut…… Opss….tutup. Kwang…kwang….kwang.
Ain laju je mengomel: Ada kedai sangat….tutup,tutup,tutup.

Pengajarannya: Bukan semua benda yang kita nak, akan kita perolehi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: