>Lama tak update blog
Banyak cerita menarik dan tak menarik yang tidak berjaya dikongsi di sini.
Tiga empat hari lepas, sekali lagi saya menjadi guru tak bertauliah
mengajar kawan yang ingin memiliki blog. Alhamdulillah walaupun mengajar melalui telefon, nampaknya n3 di blog berusia tiga empat hari milik kawan saya itu boleh tahan meriahnya.
Semalam, seawal 8.10 pagi, saya suami isteri telah terpacak di tadika Intelek Maryam kerana jemputan ke majlis Hari Laporan Prestasi si Ain. Menurut cikgu kelasnya, Ain telah bersedia untuk memulakan pembelajaran di Tahun 1 pada tahun hadapan.
Hari ini bermula 8.00 pagi, semua tenaga pengajar SMK Panji diwajibkan menghadiri sesi Perkembangan Staff di PSPN. Sebenarnya, sahabat saya si tuan blog baru itu ingin belanja saya makan di Renaissance tengahari tadi. Memang saya sudi, tapi saya tak sempat nak berkejar ke sana. Jadi, keenakan menikmati makanan tengahari di Renaissance tengahari tadi terpaksa dilupakan begitu sahaja. Uwaa…
Malam ini pula bermula 8.00 – 10.00 mlm saya dijadualkan mengajar sekelas murid-murid ting 5 sekolahku yang tercinta itu. Harap-harap malam ini tak hujan sebab saya sangat bermasalah sekiranya terpaksa memandu di waktu hujan terutamanya pada waktu malam.
Advertisements
Recent Comments