Laporan Ringkas

Lama tak update blog

Banyak cerita menarik dan tak menarik yang tidak berjaya dikongsi di sini.
Tiga empat hari lepas, sekali lagi saya menjadi guru tak bertauliah
mengajar kawan yang ingin memiliki blog. Alhamdulillah walaupun mengajar melalui telefon, nampaknya n3 di blog berusia tiga empat hari milik kawan saya itu boleh tahan meriahnya.
Semalam, seawal 8.10 pagi, saya suami isteri telah terpacak di tadika Intelek Maryam kerana jemputan ke majlis Hari Laporan Prestasi si Ain. Menurut cikgu kelasnya, Ain telah bersedia untuk memulakan pembelajaran di Tahun 1 pada tahun hadapan.
Hari ini bermula 8.00 pagi, semua tenaga pengajar SMK Panji diwajibkan menghadiri sesi Perkembangan Staff di PSPN. Sebenarnya, sahabat saya si tuan blog baru itu ingin belanja saya makan di Renaissance tengahari tadi. Memang saya sudi, tapi saya tak sempat nak berkejar ke sana. Jadi, keenakan menikmati makanan tengahari di Renaissance tengahari tadi terpaksa dilupakan begitu sahaja. Uwaa…
Malam ini pula bermula 8.00 – 10.00 mlm saya dijadualkan mengajar sekelas murid-murid ting 5 sekolahku yang tercinta itu. Harap-harap malam ini tak hujan sebab saya sangat bermasalah sekiranya terpaksa memandu di waktu hujan terutamanya pada waktu malam.

8 Comments (+add yours?)

  1. Kujie
    Nov 01, 2008 @ 11:46:00

    kalau dah cikgu, kat mana2 senang je disalurkan ilmu…

    bravo…bravo…

    Reply

  2. cikgu panji
    Nov 01, 2008 @ 14:31:00

    kujie,
    ilmu yg ada tak seberapa.

    Reply

  3. Intan Rosnitta
    Nov 03, 2008 @ 03:25:00

    Drive mlm di kala hujan??? Memang saya pun x berani w/pun dlm jarak dekat…

    😀

    Reply

  4. manje
    Nov 03, 2008 @ 04:52:00

    salam cikgu

    hehe perkembangan yg bagus… dah bertambah lagi ‘blogger’ yg baru…

    Reply

  5. cikgu panji
    Nov 03, 2008 @ 06:36:00

    intan,
    nampaknya kita mempunyai masalah yg sama.cara penyelesaiannya??

    manje,
    begitulah nampaknya. org baru, semangat pun lebih…hehehe

    Reply

  6. Kak Zue
    Nov 04, 2008 @ 00:05:00

    Cikgu, kak longpun amat tak gemar memandu waktu malam dlm keadaan hujan. Kalau siang boleh ampun lagi.

    Reply

  7. Nik Zulina Nik Taib
    Nov 07, 2008 @ 14:52:00

    Kalau nak tau cikgu panji ni seorang yang excellent krn sanggup ajar muridnya melalui telefon je. Tak apalah terlepas Renaissance nt kita buat date lain kali InsyaAllah. Cubalah layari blog bimbingan cikgu panji ni..

    Reply

  8. Nik Zulina
    Nov 07, 2008 @ 14:52:00

    Kalau nak tau cikgu panji ni seorang yang excellent krn sanggup ajar muridnya melalui telefon je. Tak apalah terlepas Renaissance nt kita buat date lain kali InsyaAllah. Cubalah layari blog bimbingan cikgu panji ni..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: