Tajuk Bebas

Semasa menulis n3 ni, saya sangat “kelegaan” kerana esok hari Jumaat.
Bermakna esok kami cutiii……
Masih seronok walaupun skrip periksa yang belum bertanda masih berbundle2.
Dan masih selamba berkali-kali menjawab : Dalam proses kepada murid-murid yang sibuk bertanya markah masing-masing.
Isnin lepas warga SMK Panji makan besar……. annual dinner di Sutera Inn.
Rabu 5 Nov birthday buahatiku Ain.

Tapi saya tak sempat nak buat apa2 pada hari tersebut kerana jam 3.00-5.00 petang ada kelas tambahan.
Malamnya cadang nak keluar makan di restoran kegemaran tapi tak kesampaian kerana full house.

Lepas waktu sekolah tengahari tadi ada meeting akhir tahun.
Dan bermula 6.30 petang tadi ada majlis solat hajat dan izin ilmu untuk murid-murid SPM.
Nasib kurang baik, masa balik dari sekolah sekejap tadi hujan turun le pulak….
Tapi Alhamdulillah sebelum 9.30 malam saya telah selamat sampai ke rumah.
Jadi, hari ini juga saya masih menangguhkan sesuatu yang telah saya janjikan untuk Ain. Sorry…. InsyaAllah petang esok .


Murid-muris SPM bersalaman dengan ibubapa dan guru pada majlis izin ilmu sekejap tadi. Uwaa… hujan di dalam sama lebatnya dengan hujan di luar. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita.

5 Comments (+add yours?)

  1. Kujie
    Nov 07, 2008 @ 00:45:00

    seminggu lagi dah cuti sekolah cikgu…minggu ni je agaknya sibuk sikit..

    erk……..tak kor…kahkah…

    Reply

  2. Intan Rosnitta
    Nov 07, 2008 @ 01:21:00

    Semoga berjaya kepada murid2 yg bakal menduduki SPM.

    🙂

    Reply

  3. cikgu panji
    Nov 07, 2008 @ 05:05:00

    kujie,
    tetap sibuk hinggalah skrip exam tu habis bertanda. hehehe
    tak sabar nak cuti….

    intan,
    begitulah hendaknya.semoga segala usaha selama ni berbaloi

    Reply

  4. pB
    Nov 07, 2008 @ 06:51:00

    majlis izin ilmu ??

    gapo tu ??

    Reply

  5. CIKGU PANJI
    Nov 07, 2008 @ 07:06:00

    pb,
    murid-murid minta restu ilmu dari guru2 yg mengajar mereka.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: