N3 Merapu

Musim hujan sudah tiba
Pagi sama gelapnya dengan tengahari
Tengahari sama gelapnya dengan petang
Nasib baik sekarang ni musim cuti sekolah
Tapi bila bercakap tentang cuti
Saya belum lagi bercuti dengan sebenar-benar cuti
Dek kerana skrip jawapan belum lagi siap bertanda
Paling lewat 3 hari lagi InsyaAllah beres ( hehehe…ye ke? )
Minggu depan terpaksa menghadiri 2 mesyuarat
23 hb mesyuarat kurikulum dan 25 hb mesyuarat panitia
Sangatlah tidak seronoknya
Dan…..
Yang seronoknya pulak
Pada 26 hb InsyaAllah saya sekeluarga akan bercuti
Keluar dari bumi Cik Siti Wan Kembang ini
Tak sabar menunggu tarikh tersebut

Siapa kenal pic berkilat kat atas? Ada rupa jelly …. Betul le… Jelly. Jangan tertipu. Sebenarnya longkang yang berisi air hujan. Masa kecik dulu pantang jumpa air dalam longkang begini. Apa lagi….berkubang cari anak ikan.

Kepada ibubapa sekalian, awasilah anak-anak anda di musim hujan begini kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang, parit, sungai dan yang seumpamanya.

9 Comments (+add yours?)

  1. جيئكو جاوا
    Nov 19, 2008 @ 10:37:00

    huhuhu.. kami dh hantar markah pun. menggelupur nak siap hari tuh..🙂

    Reply

  2. cikgu panji
    Nov 19, 2008 @ 11:07:00

    mesti siapkan sebelum 23 hb ni. masih sempat.lalala

    Reply

  3. en_me
    Nov 19, 2008 @ 11:30:00

    mesyuarat tak sonok kannns..

    Reply

  4. cikgu panji
    Nov 19, 2008 @ 11:45:00

    en_me,
    hehehe lama sangattt

    Reply

  5. Anonymous
    Nov 19, 2008 @ 19:30:00

    cp pandai betul mengacah rindu org bermusafir,
    huje-jo ong huje-jo ong,anak sepila, ubi-ubian,umbut nyor,ike budu,main air,putu halba etc etc tapi ada jugok ore tak sabar nok keluar dari tanah rendah sekebun bunga.

    Reply

  6. CIKGU PANJI
    Nov 20, 2008 @ 01:16:00

    musafir,
    lo ni jo ong,ujan sokmo. anak spila rasanya kat keda ikan je ada. hehe.ikan budu pun sudah tidak dikenali melainkan ore2 tuo supo kita. la ni,putu halba deret2 ore jual tepi jalan.mkn panas2 musim sejuk gini…fuhh

    Reply

  7. Anonymous
    Nov 20, 2008 @ 08:17:00

    nak g mane cik su?

    Reply

  8. CIKGU PANJI
    Nov 20, 2008 @ 11:04:00

    jln2 over river.hehe

    Reply

  9. Chekgu BaniHassim
    Nov 22, 2008 @ 12:49:00

    hujanla best kak…
    boleh lumba tarik selimut kak..
    sambung nafsu tido…😛

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: