Apa Nak Jadi?

Semasa sedang makan di sebuah kedai makan ( mungkin terlaris ) di bandar Kota Bharu dua tiga hari lepas, anak tuan kedai bercerita beg berisi duit jualan pada hari tersebut telah dilarikan oleh seorang pekerja kedai mereka.

Semasa membeli putu halba yang menjadi pujaan warga Kelantan di musim tengkujuh ini, makcik penjual bercerita beg yang berisi wang hasil jualan telah dilarikan/ragut oleh pembeli selepas berlaku rebut merebut dan “senjah menyenjah” antara mereka berdua.

Sudah berbulan-bulan rumah mertuaku ketiadaan talian telefon setelah beberapa kali kabelnya dipotong dan dicuri.

Manusia yang melarikan beg duit dalam kejadian pertama adalah Melayu beragama Islam.Peragut di gerai putu halba juga Melayu beragama Islam dan pencuri kabel telefon itu juga kemungkinan besarnya adalah Melayu beragama Islam.

Amat memalukan. Kenapa kejadian begini terjadi dan siapakah yang patut dipersalahkan?
Marilah kita bersama-sama menyelamatkan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan kita daripada api neraka.

14 Comments (+add yours?)

  1. manje
    Nov 23, 2008 @ 16:19:00

    salam cp

    sedih… bangsa sendiri takde kesedaran sivik…

    Reply

  2. atie
    Nov 24, 2008 @ 00:45:00

    Tulah..dulu masa kita kelik kg pun…de rantai anak sedar kena ragut.yg meragut tu juga adalah MELAYU.

    Reply

  3. cikgu panji
    Nov 24, 2008 @ 01:00:00

    manje,
    sekarang ni pintu rumah sentiasa berkunci.tak boleh sentiasa buka seperti dulu2.

    atie,
    itulah salah satu sebab budak2 sek sekarang susah nak didik… makan benda2 dari sumber yg haram.

    Reply

  4. atie
    Nov 24, 2008 @ 01:15:00

    Oh ya…lupa nak tanya, Apa nama kedai yang terkenal tu..he he.leh kita cuba plak.Suka balik kg cari tempat makan yang sedap

    Reply

  5. Kujie
    Nov 24, 2008 @ 01:15:00

    rumah mak kt kg pun sama..berkali2 kena curi kabel..

    Reply

  6. cikgu panji
    Nov 24, 2008 @ 01:39:00

    atie,
    cikgu nasi ulam di kg kraf.

    kujie,
    entahlah….kadang2 tengok perangai dan cara berpakaian budak2sekarang…kita nak tegur pun takut.

    Reply

  7. Intan Rosnitta
    Nov 24, 2008 @ 02:23:00

    Peragut yg ragut h/bag intan hari tu pun lelaki melayu, beragama Islam…

    😦

    Reply

  8. Чикгу Жаве @ CJ
    Nov 24, 2008 @ 02:29:00

    salam CP..

    nampaknya bangsa kita makin liar dn kasar. tak tau lah, hidup makin menghimpit atau iman makin terhakis. huhu

    Reply

  9. CJ
    Nov 24, 2008 @ 02:29:00

    salam CP..

    nampaknya bangsa kita makin liar dn kasar. tak tau lah, hidup makin menghimpit atau iman makin terhakis. huhu

    Reply

  10. cikgupanji
    Nov 24, 2008 @ 11:19:00

    intan,
    sedih memikirkan melayu yang semakin layu.

    cj,
    amat sukar bila diri sendiri tak nak berubah kerana kita hanya mampu memberitahu dan menasihat.

    Reply

  11. Anonymous
    Nov 24, 2008 @ 12:56:00

    Kalau kes dilakukan oleh melayu, 99% dia adalah penagih.
    Penagihan sebab ada pengedaran, pengedaran perlukan penguatkuasaan, bukannya susah nak jejak network pengedaran ini cuma kita orang awam tidak ada kuasa melakukannya.
    msf

    Reply

  12. cikgu panji
    Nov 24, 2008 @ 13:18:00

    musafir,
    Golongan ini sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan bekalan yang dihajati. Sangat menakutkan.

    Reply

  13. manlaksam
    Nov 24, 2008 @ 13:29:00

    Salam CP,

    Apa nak jadi dengan orang kampung ambo nih?
    Kalau sebut pasal curi kabel, Pak Man jadi naik angin selalu.
    Di kawasan rumah Pak Man ni…tiap-tiap bulan kena curi.Kadang-kadang sampai 2 minggu tak dok line.

    Reply

  14. CIKGU PANJI
    Nov 24, 2008 @ 14:05:00

    pak man,
    kalu wat kija muga lain gigih supo nak curi kabel tu, rasanya lama dah kaya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: