>Apa Nak Jadi?

>Semasa sedang makan di sebuah kedai makan ( mungkin terlaris ) di bandar Kota Bharu dua tiga hari lepas, anak tuan kedai bercerita beg berisi duit jualan pada hari tersebut telah dilarikan oleh seorang pekerja kedai mereka.

Semasa membeli putu halba yang menjadi pujaan warga Kelantan di musim tengkujuh ini, makcik penjual bercerita beg yang berisi wang hasil jualan telah dilarikan/ragut oleh pembeli selepas berlaku rebut merebut dan “senjah menyenjah” antara mereka berdua.

Sudah berbulan-bulan rumah mertuaku ketiadaan talian telefon setelah beberapa kali kabelnya dipotong dan dicuri.

Manusia yang melarikan beg duit dalam kejadian pertama adalah Melayu beragama Islam.Peragut di gerai putu halba juga Melayu beragama Islam dan pencuri kabel telefon itu juga kemungkinan besarnya adalah Melayu beragama Islam.

Amat memalukan. Kenapa kejadian begini terjadi dan siapakah yang patut dipersalahkan?
Marilah kita bersama-sama menyelamatkan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan kita daripada api neraka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: