Malang Tidak Berbau

Sedang saya menyapu beranda rumah, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti sesuatu melanggar benda yang keras.
Saya menjenguk ke arah datangnya bunyi tersebut.
MasyaAllah…. seekor kambing sedang menanduk kereta yang diparkir di bawah garaj.

Ahh sudah… macamana ni?? Wei….kereta aku tu. Saya menjerit sambil menepuk tangan.
Si kambing mengundur dua tiga langkah kemudian kembali menanduk.
Suara saya didengari oleh Ain lalu dia pun turut sama menjenguk ke bawah dan turut menjerit ke arah kambing itu.

Si kambing terintai-intai keretaku yang berkilat (baru basuh) seolah-olah meninjau-ninjau lawannya dan menanduk lagi. Menanduk lagi dan lagi. Semakin lama semakin kuat.
Suara saya yang terjerit-jerit dari beranda rumah langsung tidak dihiraukan oleh kambing tersebut.

Tanpa membuang masa, saya melepaskan penyapu di tangan dan berlari turun ke bawah.
Bila sampai di depan pintu, melilau saya mencari objek yang boleh digunakan untuk memukul kambing tak guna itu. Tanpa apa-apa di tangan saya tidak berani untuk mendekatinya memandangkan tanduknya yang panjang dan tajam berkilat itu.
Rasanya telah berbelas kali kambing sesat itu menanduk kereta saya.




Ohh….ada penyapu di tepi pasu bunga. Apa lagi, saya terus capai dan berlari ke arah kambing tersebut. Berdebuk saya pukul tapi nasib tak baik, langsung tak kena kambing itu.
Walau apa pun mungkin disebabkan terkejut, kambing tersebut melarikan diri sebelum sempat saya mencapai semula penyapu yang terlepas dari tangan dek kuatnya saya memukul tadi.
Uwa…. siapalah tuannya?? !@#$%&!!$$%&&&&&&&!!!!!


Saya terduduk melihat bahagian pintu kereta yang ditanduk kambing tadi.
Banyaknya kemek dan terdapat dua tiga tempat yang hampir tembus.
Habis le gaji saya bulan ini.
Ain…jom le kita tangkap kambing tu. Kita jual untuk baiki kereta kita ni.
Jom le Ain…..


Tiba-tiba saya terdengar kambing mengembek dengan kuatnya…….
Ummi…esok ada tuisyen ke tak?
Saya tersedar dan melihat jam di dinding. Oh…baru 10.00 malam.



Pengajarannya dalam kehidupan seharian, boleh dengar, boleh baca tapi jangan terus percaya.

26 Comments (+add yours?)

  1. Чикгу Жаве the CJ
    Dec 14, 2008 @ 03:03:00

    hehehe. nk kena cikgu nih. saja je buat org saspen. ngidam kambing nih sampai terbawa2 dlm mimpi. huhu

    Reply

  2. CJ
    Dec 14, 2008 @ 03:03:00

    hehehe. nk kena cikgu nih. saja je buat org saspen. ngidam kambing nih sampai terbawa2 dlm mimpi. huhu

    Reply

  3. Abang Long
    Dec 14, 2008 @ 03:21:00

    Berapa ramai lagi yang nak ‘terkena’ ?

    Reply

  4. cikgu panji
    Dec 14, 2008 @ 08:00:00

    cj,
    banjir2 ni sedap jugak kalau dpt pekena bbq kambing.hehehe

    ab. long,
    blog tak meriah sekarang ni. ramai yg masih pening terover makan daging

    Reply

  5. en_me
    Dec 14, 2008 @ 11:10:00

    me memang tak cayerr, sebab takdok gambar gittewww.. ammvoiii cikgu

    Reply

  6. cikgu panji
    Dec 14, 2008 @ 12:07:00

    en_me,
    awal2 dapat kesan ye?? bijak2…

    Reply

  7. zairaza
    Dec 14, 2008 @ 13:55:00

    hahaha saya baca kali kedua baru dpt. aiseh otak kurang bergerak time final neh..

    Reply

  8. Bint Lazim
    Dec 14, 2008 @ 13:55:00

    hahaha saya baca kali kedua baru dpt. aiseh otak kurang bergerak time final neh..

    Reply

  9. cikgu panji
    Dec 14, 2008 @ 14:04:00

    nor,
    penulis tak berkesan la ni…

    Reply

  10. Ecah
    Dec 15, 2008 @ 01:18:00

    uk uk bukti tade, tau dah.. err.. xbasoh kaki sblom tido ka? hihihi.. salam cikgu, saya link yerr..

    Reply

  11. cikgu panji
    Dec 15, 2008 @ 02:53:00

    ecah,
    lupa pulak blogger dgn kamera tak dpt dipisahkan…. saya pun nak link ecah.boleh ye?

    Reply

  12. lunaticg
    Dec 15, 2008 @ 05:59:00

    salam…
    mimpi rupanye yek?
    kekekekeke…
    tipah tertipu baca post ni.

    Reply

  13. cikgu panji
    Dec 15, 2008 @ 06:07:00

    lunaticg,
    maaf jika anda rasa tertipu.memang itu pun tujuannya.hehehe

    Reply

  14. Intan Rosnitta
    Dec 15, 2008 @ 06:22:00

    Lorr… mimpi rupanya.

    Kita pun sama terkena…huhu

    😀

    Reply

  15. cikgu panji
    Dec 15, 2008 @ 06:46:00

    intan,
    sorryyy…..hehehe

    Reply

  16. Kujie
    Dec 15, 2008 @ 08:25:00

    tu dia aihhh…moral of the story, jangan kilatkan kereta anda..biar berdebu mcm kereta saya..

    erkkk..intan kata dia mimpi?

    nak kena cubit niiiiiiiii…wahhh…baru kul 10 dah mimpi mcm tu…kejap lagimimpi kena kejar naga le pulak!

    Reply

  17. cikgu panji
    Dec 15, 2008 @ 08:34:00

    kujie,
    rasanya kereta berdebu lagi selamat. org pun tak suka nak menyandar kat kereta kita.hehehe

    Reply

  18. 313trading
    Dec 15, 2008 @ 10:23:00

    kalu mitok, selalu buleh

    Reply

  19. CIKGU PANJI
    Dec 15, 2008 @ 10:54:00

    313trading,
    nauzubillah min dzalik.

    Reply

  20. manje
    Dec 17, 2008 @ 04:19:00

    salam cikgu

    hehe kite nyaris2 nk pecaye… huhu

    Reply

  21. alia
    Dec 17, 2008 @ 04:27:00

    ingat kan real…cis….cikgu terlebih sayang keta kot….sampai terbawak dlm mimpi

    Reply

  22. cikgu panji
    Dec 17, 2008 @ 11:56:00

    manje,
    kiranya penulis ni ada bakat jugak la ye? hehehe

    alia,
    bukan le sayang sangat…tapi sayang jugak le…

    Reply

  23. HappyIrfa
    Dec 18, 2008 @ 06:58:00

    SALAM..
    X BAIK TAU..SIB BAIK X LEMAH JANTUNG.SAYA MACAMM TERBAYANG2 KAMBING TU PUNYA TANDUK TGH MENANDUK KETA SAMPAI BERLUBANG

    Reply

  24. cikgu panji
    Dec 18, 2008 @ 15:02:00

    Irfa,
    sorry…bukan niatku utk melemahkan jantungmu. ceewah…hehehe

    Reply

  25. atie
    Dec 19, 2008 @ 00:18:00

    Ha ha ha….dah agak dah

    Reply

  26. CIKGU PANJI
    Dec 19, 2008 @ 03:44:00

    atie,
    bijak awak mengagak ye…hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: