Yang Pasti

Kita telah menempuhi tahun baru 2009 yang mungkin dengan berderet azam baru.
Dan yang pastinya sama ada suka atau tidak, kita juga bukan setakat telah menempuh tahun baru tetapi juga akan menempuh alam baru. Biar pun tarikh dan masanya tidak kita ketahui dan tidak memungkinkan untuk kita mengira sebagaimana mengira ketibaan detik 12 malam tadi.
Sama ada cukup persediaan atau tidak, sampai masanya kita akan dihantar ke kubur dan melalui kehidupan di alam barzakh sebelum tibanya alam akhirat. Segala pangkat, harta, anak-anak, isteri akan ditinggalkan. Yang dibawa hanya amal ibadat, dosa pahala yang telah kita kutip sepanjang kehidupan di dunia ini. Semoga kita tidak tergolong ke dalam golongan yang muflis di sana nanti. Amin.

*
*
*
Alangkah terkejutnya ketika melangkah ke dapur pagi tadi.
Ada makhluk terbujur kaku di atas lantai


Tengok….. Memang sah telah mati


Dia telah melompat dari sini. Mungkin kerana terlalu gembira hingga terjatuh/terkeluar dari rumah ini. Atau mungkin sememangnya dia ingin membunuh diri.

10 Comments (+add yours?)

  1. Kujie
    Jan 01, 2009 @ 07:34:00

    oooo…mlm tadi ikan tu celebrate sakan..melompat tgok bunga api sampai terover lepas sempadan…:p

    Reply

  2. en_me
    Jan 01, 2009 @ 08:18:00

    yes, me can see a very clean lantaiii mozek umah cikgu panji ittewww..

    Reply

  3. teachersally
    Jan 01, 2009 @ 09:43:00

    Salam,
    hmm alahai dah sampai ajalnye..nak buat mcm mana..tp ikan tu goreng pun sodap..hehe

    Reply

  4. CIKGU PANJI
    Jan 01, 2009 @ 12:01:00

    kujie,
    tuannya lena tidur, dia pulak terover celebrate th baru hingga mati.hehehe

    en_me,
    lantai?? kesian ikanku yg cantik itu.

    Reply

  5. CIKGU PANJI
    Jan 01, 2009 @ 12:04:00

    teachersally,
    tak sampai hati pulak nak goreng ikan tu.

    Reply

  6. Anonymous
    Jan 02, 2009 @ 02:46:00

    sayangnyer….

    Reply

  7. Intan Rosnitta
    Jan 02, 2009 @ 02:47:00

    Lorrr… jauhnya melompat. Ikan tu nak praktis masuk olimpik kot.

    Hehehe

    😉

    Reply

  8. cikgu panji
    Jan 02, 2009 @ 03:06:00

    anonymous,
    sudah ajalnya begini.hehe

    intan,
    agaknya la… acara lompat jauh dan lompat tinggi.hehe

    Reply

  9. cikgu panji
    Jan 02, 2009 @ 03:09:00

    This post has been removed by a blog administrator.

    Reply

  10. kuIna Jentayutiara
    Jan 02, 2009 @ 06:23:00

    sangat kasihan ikan itu …

    setiap hari matahari terbenam sy selalu teringt dptkah sy melihat matahari terbit semula.. moga tuhan panjangkn umur kita

    Reply

Leave a reply to CIKGU PANJI Cancel reply