Saya Takut Penunggang Motosikal

Setiap hari saya melihat / terserempak dengan penunggang motosikal yang melanggar undang-undang jalanraya tanpa mengira usia. Sesuatu yang amat biasa untuk saya dan mungkin juga anda melihat mereka melanggar lampu merah, tidak memakai topi keledar, menunggang di jalan yang bertentang arus, berlumba di jalanraya dan sebagainya. Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah saya sedang membawa traktor, mahu rasanya saya “kaut” dan campakkan mereka ke dalam longkang atau parit di tepi jalan. Dan acapkali juga saya terfikir hanya orang yang mabuk atau tidak waras sahaja yang dengan selambanya tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah di jalanraya yang tengah bertali arus.

Baru sekejap tadi saya melihat penunggang motosikal yang yang dengan megahnya tidak bertopi keledar, menunggang di laluan yang salah dan melanggar lampu merah.

Ku pujuk-pujuk tuannya.
Ku bawa balik.
Sekarang tengah membesar dengan suburnya.
Alhamdulillah.

8 Comments (+add yours?)

  1. echah_syed
    Jun 15, 2009 @ 17:13:58

    abg ipar combi(abg huby)baru jer patah kaki accident motor..

    dia ckp 2 org budak lelaki naik motor mcm mat rempit pastu ketika berselisih tercuit sket jer handle tp kemungkinan dorang laju tu yg motor terbalik..sedangkan dia dah berenti tepi sgt dah..

    patah kaki dia.seminggu dekat HUSM kubang kerian.

    nak buat mcmana sbb kat kg motor dah mcm basikal jek.

    Reply

  2. pB
    Jun 16, 2009 @ 00:51:26

    Salam Cikgu

    pokok gapo tu ????

    Reply

  3. Kak Zue
    Jun 16, 2009 @ 06:50:47

    kak long pun seriau bila kat traffic light tu berebut2 motosikal ni nak berhenti kat depan sekali dan kdg2 dha lampu hijau ada penunggang yg slow sgt bawak motor dia tapi tak mo ke tepi ..takut jer tersodok dgn kereta yg laju2 tu

    Reply

  4. cikgu panji
    Jun 16, 2009 @ 07:27:23

    combi,
    itu yg kita takut, org yg tak bersalah sampai patah-patah pulak.kalau demo tu terjatuh, patah riuk pun takpe.

    pb,
    pokok serai kayu a.k.a pokok samak.hok ore hirih haluh2 buat ulam dlm nasi kerabu tu la.

    kak zue,
    memang betul. yg laju sampai tak berhenti ms traffic light. yg slow pulak, tak nak ke tepi. sabor je la. tapi bukan semua. ramai jugak yg berhemah masa menunggang motor.

    Reply

  5. atie
    Jun 16, 2009 @ 10:27:53

    saya balik kelantan baru nih pun terserempak dengan mat2 rempit kat jalan duk angkat motor gitu….takut tengok.

    Reply

  6. cikgu panji
    Jun 16, 2009 @ 12:34:29

    atie,
    entah apa nak jadi dgn budak2 melayu kita.

    Reply

  7. adanz
    Jun 17, 2009 @ 10:59:23

    skang ni org takut motosikal sebab selalu peragut atau penyamun. skang lak stailpecah cermin keta masa kita berenti traffic light atau tepi jalan. selalunya pemandu wanita akan jadi sasaran utama, jadi, beringatlah

    Reply

  8. cikgu panji
    Jun 17, 2009 @ 14:59:04

    adanz,
    terima kasih di atas ingatan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: