Oh Lidah

Kadang-kadang bila seseorang terkurang cakap, orang melabelkan sombong. Walhal empunya diri bukan nak menyombong tapi dah tiada idea, tak tahu nak cakap topik apa. Katanya le…. Hehehe. Sebenarnya kurang bercakap, lagi selamat.

Kadang-kadang terlebih cakap hingga tercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicakap. Tak pasal-pasal ada pulak yang berjauh hati, terguris perasaan.

Lebih teruk lagi, ada ketikanya bila kemarahan tidak dapat dikawal, terkeluar pulak perkataan-perkataan yang menyakitkan telinga a.ka. terkasar tutur kata. Lagi le remuk bernanah hati dan perasaan orang yang mendengarnya. Begitu besar penangan lidah.

Walau apa pun sayugia disedari, antara bahaya lidah ialah:

  • Berkata-kata perkara yg tidak memberi manfaat kpd diri sendiri dan orang lain.
  • Berlebih-lebih dalam percakapan.
  • Berdebat hanya untuk mencari kebenaran diri sendiri.
  • Bertengkar.
  • Mencaci dan memaki hamun.
  • Membuat fitnah.
  • Mengumpat.
  • Menghina, mentertawa atau merendahkan orang lain.
  • Membuka rahsia.
  • Janji atau bicara dusta.

Nak selamat? Tolong jaga lidah masing-masing.

Sekarang, musim buah ini. Lidah cakap…manisss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: