Kasih…. Sayang….Buktikan!!!

Boleh dikatakan setiap ptg di bulan Ramadhan ini, kami akan meronda ke pasar Ramadhan atau sekadar mengambil angin petang.Rasionalnya supaya si kecil ini tidak bising …. lapar… lapar… lapar. Dan dua tiga hari lepas, sedang saya menunggu suami membeli juadah di pasar Ramadhan, tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan usia 30an melintas di hadapan saya. Punyalah seksinya hingga malu untuk saya melihatnya. Berseluar ketat dari kain nipis yg mungkin lebih nipis dari kain baju pagoda, berbaju singkat, ketat yg mungkin dari kain yg sama. Dgn body XL, saya rasa bercupak-cupak mata tidak melepaskan peluang melihat perempuan yang seolah-olah telanjang di khalayak ramai ketika umat Islam sedang berpusu-pusu membeli juadah di pasar Ramadhan. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bukan sahaja bentuk tubuh yg begitu murah diperlihatkan kepada umum tetapi juga dengan selulit-selulitnya sekali dipamirkan. Sungguh mengaibkan.
………….
Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai anak-anak muda, ibu-ibu atau para isteri yang berpakaian jauh dari menepati kehendak Islam. Terlalu ramai saudara seIslam kita yang walaupun bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju nipis lagi singkat. Kepada sang suami, tidakkah wujud kasih dan sayang anda kepada sang isteri sehingga anda bersikap sebegitu dayus membiarkan susuk tubuh isteri sendiri menjadi tontonan umum???. Kepada para ibubapa, kenapakah anda sanggup membiarkan benih cinta anda mendedahkan diri kepada fitnah di dunia dan kemurkaan Allah semestinya??? Tiada lagikah kakak-kakak atau abang-abang yang prihatin untuk menegur salah silap adik-adik yang menyimpang dari landasan yang sepatutnya??? Buktikan kasih sayang kita kepada orang-orang tersayang dengan membimbing mereka melalui jalan yang diredhai Allah.

6 Comments (+add yours?)

  1. Abang Long
    Sep 02, 2009 @ 20:30:34

    Inilah punca masalah maksiat semakin berleluasa

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Sep 04, 2009 @ 05:37:16

    abang long,
    mungkin salah satu daripada puncanya.

    Reply

  3. Nadia Yuna
    Sep 04, 2009 @ 09:48:24

    betol2, la ni sakit mana dah tengok pakaian2 orang2 sekeliling kita =(

    Reply

  4. rumah kuning
    Sep 04, 2009 @ 21:51:53

    nadia,
    entah le…apa nak jadi dgn umat Islam kita.Sepatutnya pakaian kita berbeza dgn org lain.sekarang ni yang membezakannya…kita malas, lemah…

    Reply

  5. echah_syed
    Sep 07, 2009 @ 04:00:59

    wow seksi tuh :p

    Reply

  6. rumah kuning
    Sep 15, 2009 @ 12:06:28

    sangat2 seksi

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: