Asyik Tak Jadi

Selepas sekolah Selasa lepas, saya memborong macam-macam jenis buah sebab dah janji untuk membawa rojak buah ke sekolah pada hari Rabu. Kawan nak buat jamuan di biliknya. Jadi, saya tumpang sekaki. Sebelum Isyak, saya telah menyiapkan apa yang perlu dari memasak , menggoreng kacang, mengupas mempelam, nanas, limau bali, betik dan sebagainya. Dah siap semua, simpan dalam peti ais untuk dipotong awal pagi Rabu. Sebelum naik ke atas, semestinya saya mencari buah hati si handphone ku. Ada mesej. “Jamuan esok tak jadi. Tunda minggu depan”.

Hari Rabu, seorang kawan tel suami. Mereka sekeluarga nak datang rumah pada petang atau malam Khamis. Balik sekolah petang Khamis, saya singgah kedai. Beli bahan-bahan dan lauk untuk masak mee kari. Sebelum asar, mee kari dah siap. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Ain yang excited tunggu ( yang nak datang tu ada kawannya ) pun sampai terlena.
Sebelum jam 9 mlm, suami hantar sms dan dia reply : “Tak jadi datang”

Kelmarinnya pulak, kawan dari SMK Dato’ Ahmad Maher call memaklumkan geng-geng dari SMKDAM akan datang ke rumah pagi Jumaat.Pagi tadi le. Cadang nak jamu laksa tapi suami cakap nanti diorang tak jadi datang macam malam tadi. Jadi, saya beli kuih je. Kalau tak jadi, tak le terkilan sangat. Pukul 11 lebih, kawan tersebut tel memaklumkan mereka tak jadi datang pagi tadi. Katanya, mereka akan datang selepas solat Jumaat. Entah jadi, entah tidak. Yang pasti, saya tak jadi pergi tempat sepupu bertunang kerana menunggu kawan yang nak datang pagi tadi.

sedikit kesal di sini

8 Comments (+add yours?)

  1. atie
    Oct 24, 2009 @ 07:35:12

    Kebetulan kan cp, takpelah….rugi wooo tak dapat rasa mee kari dan rojak buah…Sudikan ambil award kat blog Mektie

    Reply

  2. PINATBATE
    Oct 26, 2009 @ 11:57:22

    Salam singgah sambil tarik nafas…Sedihkan kalau asyik tak jadiii jer..sabarlah..Allah jua sebaik-baik pengatur perjalanan hidup manusia..

    Reply

  3. rumah kuning
    Oct 28, 2009 @ 05:08:12

    atie,t kasih berjuta lemon. hehehekebetulan yg jarang2 berlaku.pinatbate,memang terkilan tapi nak buat macamana.mungkin mereka pun ada masalah yg tidak dpt dielakkan.Ok le..

    Reply

  4. pB
    Oct 28, 2009 @ 07:43:57

    tak der rejki mau jumpa …

    Reply

  5. rumah kuning
    Oct 28, 2009 @ 13:33:37

    pb,betul tu.takde jodoh nak juppe

    Reply

  6. echah_syed
    Oct 29, 2009 @ 00:57:27

    lor lenkali kol combi mesti dtg sbb ade mee kari🙂

    Reply

  7. rumah kuning
    Oct 29, 2009 @ 12:06:46

    combi,betul ke??? usahkan nak datang rumah kuning, negeri cik siti wan kembang pun belum pijak. hehehe

    Reply

  8. Karl Laksamana
    Dec 10, 2009 @ 15:15:42

    salam, akak, jemput saya, sure saya dtgnya, umah saya ngan umah akak tak jauh mananya, hikhik, 10 minit je sampai, hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: