Dari Bachok ke Manjung

Alkisahnya pagi Jumaat lepas, saya bertiga beradik bersama kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara berkonvoi tiga buah kereta ke Manjung, Perak Darul Ridhuan. Tujuannya adalah untuk ke rumah bapa saudara yang akan mengadakan beberapa sesi kenduri bermula Jumaat hingga Ahad.

Tengaharinya singgah solat Jumaat di Parit.
Di tepi Sungai Perak yang penuh nostalgia.

Pada petangnya majlis pertunangan Syikin.
Tahniah untuk bakal Dr kita. Semoga semua impian menjadi kenyataan.


Malamnya pula, diadakan majlis tahlil dan pada hari Sabtu “belarak” ke rumah pihak perempuan. Lupa nak cakap, Fendi, abang kepada Shikin kahwin pada pagi Jumaat dan kenduri di rumah pihak perempuan diadakan pada hari Sabtu.

Sabtu – Sambil menunggu ahli rombongan yang belum tiba, kami sempat berposing dengan pengantin lelaki berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
wajah-wajah kesayangan hamba

Kami hanya sempat melihat pengantin di meja makan beradab je. Tak sempat nak melihat mereka bersanding kerana nak balik cepat.Almaklumlah perjalanannya masih jauh. (nak balik kelate pulak wei)

Kenduri menyambut menantu di rumah bapa saudara pula akan diadakan pada hari Ahad. Tak sempat le kita nak turut sama memeriahkannya….sebab Ahad kan kerja. Walau apa pun, Selamat pengantin baru untuk Fendi dan Syafrina. Balik dari Timur Leste nanti, boleh le bawa Shy kenal-kenal saudara mara di Kelantan.


Dalam perjalanan balik dari Manjung, beberapa kali kami singgah makan dan minum. Rombongan kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Pagi Ahadnya, terlalu malas (baca letih ye) untuk ke sekolah. Namun, tetap ku gagahi jua. Hehehe

Atie, rugi le awak tak ikut rombongan ni……

kredit utk azhan krn c su ambik 3 keping gambar dari facebook awk.

5 Comments (+add yours?)

  1. hafzan lazim
    Jan 31, 2010 @ 18:58:26

    nak ikut!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  2. c su
    Jan 31, 2010 @ 21:02:35

    je,sudah terlambat…next time le pulakkkk. tu le…lambat sangat bersiap

    Reply

  3. jue mj
    Feb 03, 2010 @ 02:26:22

    kat manjung? specific kat mana? ju org manjung tau…. tp kg lekir la…. pekan je manjung….jauh perjalanannya kan kak… nak2 time raya, manjung – kelate rasa mcm sehari suntuk atas keta… (hubby ju org jerteh)

    Reply

  4. rumah kuning
    Feb 03, 2010 @ 09:25:40

    jue mj,di venice of perak, berhampiran dgn billion.

    Reply

  5. atie
    Mar 28, 2010 @ 02:35:00

    tak ajak pon….. mcm mana nak ikut..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: