Semoga Dia Sentiasa DiberkatiNya

Seorang pakcik itu boleh dianggap berjaya dalam hidupnya bila sepanjang usia tidak pernah mencuri, merompak, berjudi dan seumpamanya walaupun tidak pernah mendapat didikan sempurna daripada ibubapa dan pendidikan formal dimana-mana. Pakcik itu juga selayaknya dikagumi bila sangat menjaga bab agama dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu, zakat, puasa walaupun sepanjang usia anak-anak dan remajanya, tidak mendapat tunjuk ajar yang selayaknya dari ibu dan bapa. Malah, sejak usia budak-budak dan belasan tahun pakcik tersebut terpaksa bekerja membanting tulang untuk membolehkannya menjamah nasi berlaukkan sekadar sambal dan menutup mulut sang bapa yang sentiasa marah-marah sahaja. Apalah sangat jika pun pakcik itu kurang lemah lembutnya, kurang berhikmah tutur katanya, laser mulutnya….. kerana zaman lalunya penuh kekerasan seolah tiada belai kasih, sentuhan sayang dan ajar didik selayaknya dari orang tua bergelar ibu mahu pun bapa. Pakcik itu juga telah berjaya dan semestinya dikagumi kerana tidak pernah menghantar sms meminta-minta. Tidak pernah meminta wang, beras, kopi, gula dan seumpamanya walaupun dari darah daging sendiri apatah lagi dari saudara mara. Anak-anak tidak perlu membayar hutang, jauh sekali terpaksa menebal muka menjamin pakcik itu dimana-mana lokap sepanjang hidupnya walaupun tanpa didikan, kasih sayang mahupun motivasi daripada sesiapa. Alhamdulillah, Allah ada dan Dia Maha Berkuasa, Maha Pengasih Semestinya. Semoga pakcik itu bahagia dunia akhirat hendaknya.

Walaupun saya mendpt didikan formal berbelas tahun tapi saya masih kurang cerdik dan buruk tingkahlaku juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: