3 + 1 = 4

Sebelum balik dari sekolah kelmarin, makcik masukkan tiga bungkus kertas jawapan dlm beg sekolah untuk dibawa balik. Dalam hati berkobar-kobar nak menanda. Kalau boleh nak siapkan sebelum cuti sekolah nanti. Masih ada seminggu sebelum cuti ye kawan-kawan. Tiba-tiba…rasa macam tak cukup tiga bungkus. Makcik tambah lagi satu bungkus. Jumaat, Sabtu cuti. Dua hari dua malam dengan 4 bungkus skrip jawapan. Ok le

Balik dari sekolah, lepas makan, solat segala, buka bungkusan dan tanda dua tiga skrip. Mata terasa mengantuk. Untuk menghilangkannya, buka laptop dan merayap ke sana sini. Lepas tu, ada hal sikit, keluar dan buat macam-macam benda hingga senja. Malamnya keluar makan dan singgah rumah MIL. Tengah malam, seronoknya tengok Ain dan abahnya tidur. Tak boleh jadi, makcik pun nak tidurlah dulu. Pukul 4 pagi nanti makcik akan bangun untuk menanda kertas.

Tiba-tiba…. pukul 6 lebih baru makcik terjaga. Itupun setelah alarm tepon menjerit. Uwaa…… Satu malam sudah berlalu dan 4 bungkus skrip jawapan masih menunggu.
Oh… padan muka saya

2 Comments (+add yours?)

  1. Nik Zulina
    May 28, 2010 @ 16:04:41

    gitulah kija kita za dihh….

    Reply

  2. rumah kuning
    May 29, 2010 @ 06:11:26

    selagi idup…gini le na. walau apa pun, semoga sentiasa diberkatiNya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: