Saya Suka Lelaki Muda

Hari ni saya ke HUSM. Satu perkara yg tak sedap bila ke HUSM, susah nak dpt petak parking. Hari ni saya keluar agak lewat.(tapi sebelum pukul 8 lagi). Jadi, kerana kelewatan tersebut, rasanya sejam lebih saya berputar untuk mencari parking. Nasib baik tak kembang macam kek yang terlebih putar. .hehehe. Naik lenguh kaki dan nasib baik tak juling mata kerana melilau mengintai petak parking yg kosong

Bila cerita pasal parking ni, beberapa hari lepas, tengah saya menunggu untuk masuk parking di hadapan sebuah pasaraya dgn signal tengah tiptaptiptap menunggu kereta di hadapan keluar, tiba-tiba dengan selambanya sebuah besi berinjen meluncur megah memasuki parking di hadapan saya itu. Dgn geramnya saya telah membunyikan hon yang boleh tahan panjang. Sempat melihat macaman rupa orang di dalam kereta itu. Oh…ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang berumur hampir pencen. Hangat hati macam nak keluar ajak wresling je. Tapi segan le pulak. Lagipun di sebelah saya seorang ibu yg sarat mengandung. Mesti dia tak larat nak tolong tumbuk atau terajang untuk saya. Hehehe. Takkan le saya nak buat macam tu. Sayakan perempuan yang lemah lembut sopan dan penakuttttt. Tapi memang tak patutle orang tu. Saya dah lama beratur kat situ. Tiba-tiba dia potong Q. Sunguh kurang asam dan tidak bertimbang rasa.

Masa berada di jlnraya, timbang rasa sangat penting. (kat mana2 pun penting jugak sebenarnya) . Sama jugak dgn perkara yg berlaku pagi tadi. Sedang saya membelok ke tempat parking seberang jln depan hosptl yg jalan masuk hanya muat sebuah kereta je, saya bertembung dengan sebuah kereta yang nak keluar dari kawasan parking tersebut. Saya dah masuk sikit, dia dah keluar sikit dan dua-dua kereta berhenti. Di belakang saya berderet-deret kereta dan di belakangnya satu kereta pun takde. Opsss…. Ada kereta tapi semuanya yg berparking elok tak bergerak. Nak undur ke mana-mana pun boleh. Tapi manusia dalam kereta tu membatu di situ walaupun dia nampak di belakang saya berderet-deret kereta. Maka terkial-kial lah saya mengundurkan kereta. Nasib baik ada pemandu yang bertimbangrasa dan berhemah, memberikan lalauan untuk saya berundur. Pemandu baik hati di hadapan saya yang tak sabar-sabar nak keluar tu jugak seorang lelaki yang hampir pencen. Orang muda lagi baik rupanye? Yang tua-tua ni??////!!!!!! Kebetulan agaknya..

6 Comments (+add yours?)

  1. pB
    Jun 23, 2010 @ 09:03:03

    yg tua tua ni …hmmm ….sabor je

    Reply

  2. rumah kuning
    Jun 23, 2010 @ 09:15:10

    pb,kebetulan je rasanya. ramai lagi yg baik.hehehe

    Reply

  3. adanz
    Jun 26, 2010 @ 01:00:06

    tp tak dinafikan, bila balik ke kelantan atau terengganu, saya juga terpaksa menyiapkan mental dengan gelagat pemandu disana

    Reply

  4. rumah kuning
    Jun 26, 2010 @ 01:38:04

    adanz,kalau sekali sekala ada org bagi lampu (isyarat bg laluan), bukan main seronok… sebab memang jarang kita dpt kat sini.

    Reply

  5. yellow
    Jul 03, 2010 @ 03:46:25

    tapi ibu mengandung itu masih larat kesana kesini ye ciksu??? dan akhirnya berkat berjln2 tu… terberanak jugak akhirnye…he3…

    Reply

  6. rumah kuning
    Jul 03, 2010 @ 11:40:18

    atie,berjln byk boleh menyenangkan.Dr yg cakappp…hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: