Lebih Duit Sangat Ke?

Sejak belum puasa hinggalah sekarang, pompam pompam bunyi mercun. Nasib baik tuan rumah kuning takde anak kecik. Kalau tak, mesti lagi haru dek bunyi yang tidak kira siang malam, pagi, petang yang amat membosankan ini. Apalah yang seronok sangat membakar mercun dan bunga api yang kalau tak tahu memang sah-sah membazir. Dan sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitannnnn.
Pompam pompam itu pula sah-sah menyakiti dan mengganggu jiran yang mungkin baru terlelap kerana keletihan menanda kertas periksa anak-anak murid yang dikasihi, contohnya. Maka, bila masuk bab menyakiti dan mengganggu jiran serta orang-orang sekeliling, sudah tentu berdosalah anak adam yang mengganggu jiran dengan membakar mercun ituuuu.
Janganlah diikut sangat kehendak anak-anak belum cukup umur yang merengek inginkan mercun. Berilah alasan yang boleh diterima akal mereka kenapa kita tidak boleh membeli dan membakarnya. Biarlah mereka menangis kerana tidak mendapat mercun yang dihajati. Jangan kita yang menangis kerana anak-anak buta mata atau putus jari dek mercun yang kita beli.
Sekian, t kasih

2 Comments (+add yours?)

  1. Kujie
    Aug 30, 2010 @ 22:43:09

    >tiap tahun tak pernah sunyi dengan cerita 'putus jari putus kaki'tetapi tak pernah ada yang serik

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Aug 31, 2010 @ 01:33:09

    >kujie,yang seriknya hanya kanak2 yg telah putus jari, buta mata.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: