Gagal Sedut Darah


Semasa bercuti ke German baru-baru ni, sempat jugak kami menjejakkan kaki ke Berlin. Wow…. sangat indahnya bumi Berlin. Ya…. kami pergi hari tu. Sila perhatikan elok-elok pic di atas. Ada saya kan?? Hehehe sangat perasannya tuan rumah kuning. Meracau kononnya bercuti ke German. Sila jangan percaya. Abaikan racauan itu.

Agaknya meracau sebab kegagalan untuk menyedut darah di HUSM pagi tadi. Bukan saya yang nak menyedut darah. Tapi Doktor yang nak sedut darah kat lengan saya tak dapat-dapat. Doktor cucuk banyak-banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak. Last sekali, saya cakap tak payah le ambik darah hari ni. Dah sakit…. Doktor tu pun setuju dan cakap sebulan sebelum temujanji akan datang, puan datang le ambik darah. Urat halus sangat, itulah antara alasannya. Ntah…ntah…dia yang tak pandai…..hehehe ampun puan doktor yang sangat lemah lembut itu. Usaha doktor tu memakan masa yang luar biasa lamanya. Cucuk sekali tak dapat. Tukar jarum jenis lain. Cucuk sekali lagi, juga tak dapat. Pindah lengan kiri pulak, tepuk-tepuk, belek-belek, cucuk cucuk tak dapat lagi. Pindah lengan kanan pulak, tak dapat jugak. Yang lucunya, sampai satu ketika, disuruhnya saya duduk di kerusi dia ( kerusi doktor) dan dia duduk di kerusi saya (kerusi pesakit). Sebabnya nak bagi saya selesa. Kerusi doktor kan boleh ditinggi dan boleh direndah. Jagi, lengan saya boleh diletak terlentang atas meja di hadapannya. Hehehe Tapi tak dapat le jugak. Begitulah hidup ini. Kita merancang, Allah yang tentukan. Bertahun-tahun doktor belajar, tapi perkara semudah mengambil darah pun dia gagal melakukannya hari ini. Macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Padahal sebelum ni tak pernah pun doktor gagal mengambil darah saya. Sekali cucuk pun dah bersembur darah saya keluar.

Respect ngan doktor tu sebab baik dan lemah lembut sesangat.

6 Comments (+add yours?)

  1. hafzanlazim
    Sep 28, 2010 @ 16:49:55

    >Che sue, 2 ore dalam gambar tu nama zawahil. 1 mok sue Hir jugak, sore lagi kak Hir jah. hahahha

    Reply

  2. rumah kuning
    Sep 28, 2010 @ 17:12:49

    >je,kesian…. c su takdak kat situ.

    Reply

  3. Kujie
    Sep 28, 2010 @ 22:29:47

    >kes doktor cucuk tak dapat2 tu pernah gak terjadi cikgu…last2 nurse yang buat…jadi !

    Reply

  4. emaschantique
    Sep 29, 2010 @ 07:59:28

    >betul mcm kujie kata…yg lebih "terror" hal ni sure nurse sbb practice make perfect kan.. dulu saya dimasukkan ke icu sbb pitam/pengsan masa membonceng moto suami. utk cucuk jarum masukkan glucose/air, 15 kali saya dicucuk silih berganti tangan.. huhuakhir nya tak dpt di tangan, saya dicucuk di kaki..bayangkan sikit punya leceh nak bawa tiang yg disangkut air glucose tu ke tandas.

    Reply

  5. Rumah Kuning
    Sep 29, 2010 @ 08:37:15

    >kujie,rasa mcm nak suruh je nurse tu buat, tapi bimbang doktor tu malu pulak. jd, takpelah buat lain kali.

    Reply

  6. Rumah Kuning
    Sep 29, 2010 @ 08:40:12

    >emaschantique,sekali dua cucuk rasa mcm tak sakit je. bila lima enam kali cucuk, sakit le pulak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: