Ya Allah Berkatilah Rezeki Yang Engkau Kurniakan Kepada Kami

Acapkali rezeki Allah datang dari sumber-sumber yang diluar jangkauan akal fikir kita. Dan ianya bukan berupa harta benda semata-mata. Jiran baik yang dapat menggantikan tempat saudara mara yang jauh juga rezeki. Rakan sekerja yang saling bantu membantu dan berbaik sangka, kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras juga rezeki. Rumahtangga yang didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian suami, isteri, anak-anak dan keluarga kedua-dua belah pihak juga rezeki. Begitu juga zuriat yang soleh dan solehah, selain daripada ketenangan jiwa dan banyak lagi.

Sentiasalah memanjatkan doa kehadrat Allah Rabbul Jalil untuk memperolehi rezeki yang menjurus kepada kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Dalam mencari rezeki harta benda contohnya, sentiasalah berdoa agar kita dijauhi dari mendapat kerjaya dan jawatan atau kenaikan pangkat yang boleh menjauhkan diri dari Allah pemilik sekalian alam. Perlu diingat, kadangkala pangkat yang tinggi dengan kuasa dan gaji yang besar boleh mengubah diri seseorang daripada insan yang bertakwa kepada seorang yang berjiwa rakus tanpa mempeduli halal haram dan dosa pahala. Na’uzubillah.

Rezeki…Kami tidak pernah tanam. Pegaga ini tumbuh dengan banyaknya di tepi pagar dalam kawasan rumah kuning.

Diselang seli dengan ulam bayam peraksi. Alhamdulillah

2 Comments (+add yours?)

  1. suara
    Oct 12, 2010 @ 07:36:26

    >Bayam peraksi!!! My favourite!

    Reply

  2. rumah kuning
    Oct 12, 2010 @ 14:38:19

    >su,cicah budu pun sedapppp….hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: