Sihatkah Hati Kita?

Rasanya alasan terbaik saya seakan melupakan blog kesayangan ini sebab banyak melayan facebook. Padahal bukan tulis apa pun kat sana. Sekadar like sana like sini je. Pastu tegur sana sikit, komen sini sikit. Kalaulah masa melayan fb tu digunakan untuk baca Qur’an. Oh alangkah bagusnya.
Dalam perjalanan ke KB tengahari tadi, dengar tazkirah di radio. Best jugak. Ustaz tu ingatkan kita, kalau fizikal kita sakit, orang boleh nampak. Kita lemah, tak larat berjalan, tak larat bekerja dan satu lagi, bawalah makanan yang paling sedap sekalipun, kita tak berselera nak makan.
Sebaliknya kalau hati kita sakit, orang tak nampak, tapi diri sendiri yang boleh kesan. Tanda bila hati kita sakit adalah kita akan malas/tidak suka untuk melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Contohnya malas nak solat, kedekut untuk bersedekah, malas baca Qur’an, malas belajar dan sebagainya. Jadi, kita boleh check hati kita masing-masing sama ada sihat atau sakit. Dan untuk ubatkan hati yang sakit, dekatkanlah diri dengan Allah swt.

5 Comments (+add yours?)

  1. Bint Lazim
    Oct 26, 2010 @ 17:07:58

    >malas belajarrr?? gulpppppppppppppppp haha

    Reply

  2. yellow
    Oct 27, 2010 @ 02:22:12

    >nak duk umah tanak g keje?? adeh…

    Reply

  3. rumah kuning
    Oct 27, 2010 @ 06:51:59

    >nor,rajin le tuh. kalau malas mesti tak sambung MA sampai ke german.kan? kan? kan?atie,awk sakit apa sampai tanak gi keja?hehehe. nasi jagung satuuu….

    Reply

  4. echah_syed
    Oct 28, 2010 @ 14:59:00

    >nak wawarkan pada cp…hari ni combi dah khatam AL-QURAN.tapi 2 tahun sbb 2 kali ramadhan baru khatam.syukur alhamdulilah ALLAH panjangkan umur combi so sempat khatam lagi.tapi tak ingat ni yg ke berapa kali sejak dari sekolah rendah huhu..insyaALLAH lepas ni combi cuba habiskan dlm masa setahun….itupun jika belum dijemput ke sana.

    Reply

  5. rumah kuning
    Oct 28, 2010 @ 16:15:24

    >combi,tahniahhh…sikit2 lama2 khatam jugak. yg ptg istiqamah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: