>Semoga Kita Berjaya Dunia Akhirat

>Tahniah kepada pelajar yang lulus cemerlang dalam PMR 2009.
Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Tingkatkan lagi usaha semoga SPM 2012 mencatatkan kejayaan sebagaimana yang kita impikan.
Kejayaan cemerlang hari ini tidak akan bermakna sekiranya tidak dijadikan kesinambungan untuk kejayaan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya. Sementara kegagalan / kurang cemerlangnya dalam PMR ini tidak bererti begitu juga prestasi anda dalam SPM nanti. Sebagai iktibar, ada kawan-kawan saya yang keputusan PMR (dulu SRP) tidak secemerlang mana, tetapi dengan usaha dan komitmen yang tinggi, mereka telah memiliki Phd pada hari ini.
Sebaliknya, ada juga kawan yang cemerlang semasa PMR dulu, kini tidak berjaya sebagaimana yang dijangkakan.
Jadi, jadikanlah kecemerlangan dalam PMR ini sebagai kesinambungan untuk mencapai kecemerlangan seterusnya. Bagi yang kurang cemerlang, jadikanlah keputusan ini sebagai penyuntik semangat untuk menggapai kecemerlangan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya.

Alhamdulillah SMK Panji mencatat peningkatan yang sangat memberansangkan.
Boleh do’ah nak sembelih lembu tu………

2 Comments (+add yours?)

  1. Rashid
    Dec 24, 2010 @ 15:33:37

    >Iya.. kehidupan ini adakalanya indah dan di sebaliknya. Sijil satu anak tangga untuk melangkah .. yang pentingnya keinginan dan semangat, usaha dan doa ..Tahniah!! yang berjaya. Gagal juga sebahagian dari kejayaan ..

    Reply

  2. rumah kuning
    Dec 25, 2010 @ 06:33:06

    >selepas menempuh kegagalan, seseorang akan menghargai kejayaan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: