>3 Hari 2 Malam

>

Perancangan awal nak ke Pulau Tioman. Google bilik ke bilik tapi tak jumpa pun bilik yang kosong. Nak bercuti jugak….. Google bilik di Pulau Redang, juga tiada yang kosong. Jadi dipendekkan cerita, terpaksalah mengubat hati dengan beralih arah ke Kuala Lumpur. Macam biasa, kalau boleh Ain nak menghabiskan 24 jam sehari semalam di swimming pool dan maknya pula lebih berminat kpd pusat belibelah. Tak nak membeli belah pun, sekadar window shopping dan melihat gelagat manusia (ayat membela diri). Sempat juga ke Pesta Buku yang rasanya tidak semeriah seperti masa-masa belajar di UM dahulu. Dah tua-tua ni rasa tak seronok je datang KL. Semua orang nampak terkejar-kejar, sibuk, kalut…. tak suka. Dok kg lagi best…tenaaang je.




Gaya budak yang tak nak keluar dari swimming pool.


Asyik seminit lagi…..seminit lagi….


Alhamdulillah diberikan kelapangan masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: