Maaf….Bukan Niat Untuk Mentertawa

Tadi, masa tengah tengok budak-budak buat kerja dalam kelas, makcik tersengih-sengih seorang diri. Dah sedaya upaya cuba ditahan tapi memang tak boleh. Tetap mau tersengih-sengih jugak…..Akhirnya makcik tutup mulut yang asyik nak tersengih ini supaya tidak dilihat oleh anak-anak murid.

Makcik nak cerita di sini apa yang membuatkan makcik asyik nak tersengih tadi. Mudah-mudahan ibu-ibu yang terbaca en3 ini dapat mengambil pengajaran. Jangan hanya menitik beratkan subjek-subjek UPSR sahaja (kalau anak sek rendah) Subjek-subjek yang tak masuk dalam UPSR pun sama pentingnya dan perlu diberi perhatian.

Ceritanya berlaku dua hari lepas.
Ain : Ummi, ada sorang kawan kelas Ain tu, tiap kali periksa mesti dapat no last, no 50.
Dia tak pandai baca jawi. Tadi, Ain tengok kertas jawapan dia.
Ummi : Kenapa Ain tengok jawapan dia pulak?
Ain : Masa tu semua orang dah hantar kertas jawapan. Ain tengok atas meja cikgu. Masa tu cikgu takde, cikgu keluar kejap.
Ain terus bercerita : Soalannya begini. Tulis Betul atau Salah bagi kenyataan berikut.
Pastu ada kenyataan : Kita mesti melayan tetamu dengan baik.
Ummi tahu tak apa jawapan dia?
Ummi : Mana le ummi tahu.
Ain : Kita kena tulis betul atau salah pada kenyataan tu. Ummi nak tahu dia jawab apa.
Dia jawab….. ATAU.
Ummi : Kahkahkah. Langsung tak terfikir ada anak-anak kita boleh memberi jawapan ATAU. Kesiannya….

2 Comments (+add yours?)

  1. suhaila-ab
    Jun 30, 2011 @ 00:43:53

    salah baca soalan tu..

    Reply

  2. rumah kuning
    Jun 30, 2011 @ 13:20:02

    suhaila-an,tak faham soalan rasanya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: