Kalut Ribut Sesajaa….

Pagi-pagi dah ribut-ribut mencari kunci kereta yang hilang. Bukan hilang sebenarnya. Saya sangat pasti kunci tersebut telah saya letak di tempat yang sepatutnya. Siasat punya siasat, rupanya Ain adalah pengguna terakhir sebelum ianya gagal dikesan.

Ain : Memang Ain ambik tapi Ain dah letak atas meja ni.

Hehehe letak atas meja tapi takde. Ajaib…. Dalam hati, letak atas mejalah sangat….. Penyelesaiannya bawa si kancil yang tersadar depan rumah yang jarum minyaknya tak bergerak-gerak sama ada ketika minyak penuh atau minyak kosong, yang jarum temperaturenya juga langsung tidak bergerak sama ada enjin panas atau sejuk. Tawakkal….tawakkal. Alhamdulillah sampai sekolah dgn selamat.

Dalam perjalanan balik dari sekolahnya pulak, semasa makcik berenti di traffic light, seorang lelaki mengetuk-ngetuk cermin depan si kancil makcik. Eh..eh…apa kena orang ni? Ah sudah…..mesti roadtax dah mati nih. Takpe, perjalanan mesti diteruskan walaupun dalam hati mesti roadtax dah jadi bangkai nih. Baru nak memecut, tiba-tiba… uwaa… macam ada sekatan jlnraya di depan. Kereta dah slow dan terus tak bergerak. Berderet-deret dengan orangramai memenuhi di kiri kanan jalan. Nampak pulak beberapa orang polis. Sekali lagi, tawakkal je lah. Takkan nak U turn pulak.

Tunggu punya tunggu dengan debaran dan badan yang dah berpeluh…. Apahal le lamanya tak bergerak-gerak. Nampak dua orang budak sekolah di tepi jalan.

Dik, ada apa kat depan tuh?

Accident. Sepatah jawapan yg melegakan makcik. Bukan le makcik suka ada accident. Tapi makcik lega sebab polis-polis itu InsyaAllah tidak akan tahan kereta makcik.

Sampai saja di rumah, makcik terus ke cermin depan kereta. Memang betul…. bulan 5 lagi dah mati.

4 Comments (+add yours?)

  1. pB
    Aug 25, 2011 @ 00:53:06

    x'cident kat jambatan Pok Nik Loh tu ker???kesian sungguh…pengecut sungguh pemandu yang langgar lari tu😦

    Reply

  2. Yellow
    Aug 25, 2011 @ 01:53:40

    saya baru je hidup semula…😛

    Reply

  3. sue-ab
    Aug 25, 2011 @ 02:31:23

    kena idop cepat…malang tak berbau..hehehe

    Reply

  4. rumah kuning
    Aug 25, 2011 @ 21:24:07

    pb,ya…dua beradik mati di tem kejadian.atie,Alhamdulillah….pinggan dah beli? hehehesue-ab,InsyaAllah. nant tak pasal2 kena saman.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: