Awak Tengah Periksa? Saya Juga…..

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu saya tak merapu di sini. Banyak benda penting yang perlu dibereskan sahari dua ini. Konon kononnya….. Dan bukan semua perkara sesuai diblogkan. Semua sedia maklum. Sementelah pula, kerja blog memblog ini bukanlah keutamaan saya yang paling utama. Pun begitu, saya suka berada di sini, menulis dan membaca catatan dan cerita rakan-rakan blogger dari serata dunia. Sepanjang minggu lepas juga saya kurang sihat. Jadi ia sedikit sebanyak menyumbang kpd tidak berseleranya saya untuk menulis di blog ini.

Soalannya: Berdasarkan petikan di atas, apakah faktor yang menyebabkan pemilik Rumah kuning tidak mengupdate blog sepanjang minggu lepas? Hehehe tuan rumah ingat pembaca blog ini calon PMR ke? Calon PMR pun tak ingin nak jawab sebab periksa dah lepas. Diorang datang sekolah main-main je sekarang ni. Syoknyaaa…. Tiba-tiba jeles dgn calon PMR dan cikgu-cikgunya. Hehehe takdelah….

Jangan lupa, kita semua ni pun tengah periksa sekarang ni. Bila tamat tempoh, tak boleh ulang dan tak boleh periksa semula. Yang lulus akan masuk syurga dan yang gagal akan masuk neraka. Untuk semua, selamat menjalani peperiksaan dan semoga kita berjaya.

comel


4 Comments (+add yours?)

  1. Rashid
    Oct 16, 2011 @ 15:18:29

    ermm .. tajamnya .. Moga kita semua lulus dengan mendapat skor yang baik ..

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Oct 17, 2011 @ 07:33:21

    cikgu rashid,begitulah hendaknya. berjaya dunia akhirat.

    Reply

  3. Kujie
    Oct 17, 2011 @ 10:57:04

    kadang2…. tengah menjawap dok padam dua tiga kali, cuba nak jawap dgn sempurna, moga dpt markah penuhtapi….kadang2 main dadu

    Reply

  4. rumah kuning
    Oct 17, 2011 @ 14:11:11

    kujie,dadu boleh guna utk jwb 1/2 soalan je. kalau byk guna dadu, kemungkinan besar gagal. hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: