Sikit Kita Bagi, Allah Bagi Banyak

Hari ni jam 2 hingga 4 ptg saya diminta mengambil alatan periksa SPM di bilik kebal PPD. Dah terbayang dalam kepala, mesti berkotak-kotak barang yang mesti diambil. Nak mencari kotak-kotak yang bercampur gaul semua sekolah tu satu hal. Berat pulak tu. Kalau sebelah pagi, mesti saya ajak kawan. Tapi bila disuruh ambil sebelah petang begini, kesian pulak. Takpe lah…. saya pergi seorang diri. Seboleh mungkin, saya tak nak menyusahkan kawan.
Sebaik sampai di tempat biasa,
Cikgu nak ambik barang SPM ke STP?
SPM.
SPM belakang tuh. Sini barang STP.
OK…
Sampai di tempat yang ditunjukkan, dah ramai rakan-rakan setugas tengah mencari barang-barang utk sekolah masing-masing. Ada barang dalam sampul, ada dalam plastik dan ada dalam kotak. Selepas memerhatikan dua tiga saat, saya memulakan misi. Mula-mula belek barang dalam plastik yang berlonggok atas lantai. Dua tiga kali selak, dah jumpa dua plastik yang tertulis pusat 38 dan 64. Alhamdulillah. Lepas tu belek pulak barang yang bersampul. Tak sampai seminit, dah jumpa dua sampul yang tertulis SMK Panji. Suka…suka…… Lepas tu, pergi pulak tempat cikgu-cikgu tengah berbaris.
Nak ambik gapo sini eh? Saya tanya seorang cikgu.
Jadual.
OOO…
Selepas beratur tigapat minit, dah dapat jadual mengikut bilangan calon SPM sekolah saya. Sekotak lebih jugak jadualnya. Yang terakhir sekali, buku jawapan, helaian tambahan dan entah apa-apa lagi yang berkotak-kotak itu. Mula-mula saya perhati je. Macamana nak cari ni??? Banyaknya kotak. Tahun lepas saya datang berdua. Pakat-pakat cari. Hari ni sorang. Uwa…. Dalam hati, takde ke pekerja kat sini yang boleh tolong. Tu dia…Nampak sorang laki macam pekerja kat situ. Saya mendekatinya.
Nak cari ghano eh? Banyak gitumo kotak nih. Cewaah…pembuka bicara.
Kak pusat no berapo?
38 denge 64.
Kejap deh…. tigoplapeee… tigoplapeeeee…. nih tigoplape. Ada tiga kotak.
So lagi berapo dah?
64.
neplohpak…….. neplohpak manno eh? Dia tanya kawannya.
Neplohpak? neplohpak ujung nuh.
Dia terhendap-hendap mencari di celah-celah kotak yang banyak itu.
Ni kak…neplohpak. Ada 4 kotak.
Saya angkat satu kotak untuk diletak di luar bilik. Berat yang amat. Tapi terpaksa jugak angkat supaya senang untuk masukkan dalam kereta. Dalam hati…beratnya. 2 pusat 7 kotak. Campur pulak jadual satu kotak. Jadi 8 kotak. Barang dalam plastik lagi. Tengah dok berkira-kira, dengan tidak disangka-sangka, pekerja yang tolong cari kotak tadi dengan gagahnya tolong angkat kotak saya. Satu…satu.. satu… semuanya dia angkat dan dikumpulkan di satu tempat di luar bilik. Huhhh legaaa saya.
Kereta kak dok manno?
Belakang tuh.
Kak gi ambik kereta, letak dekat nih.
Ok.
Lepas meletak keta sehabis dekat dengan barang yang bertimbun-timbun itu, sekali lagi dengan tidak berkiranya dia datang sumbatkan semuanya dalam kereta saya.
Berat nih. Conggek kereta. Katanya.
Takpelah. Asalkan muat. Kata saya.
Kelegaan berganda…………

Saya kesian dan taknak menyusahkan kawan saya. Sikit je.
Tapi Allah tolong saya. Banyaaaaak….
Alhamdulillah.

4 Comments (+add yours?)

  1. Yellow
    Oct 25, 2011 @ 02:07:07

    :)demam.. tak leh koemn pjg2 mcm entri ne…

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Oct 25, 2011 @ 07:45:55

    kita deman dlm perjalanan blk dari KL aritu. Seminggu jugak le batuk, sumbat hidung dan rakan2nya berkampung di tubuh badanku ini.

    Reply

  3. fuuyooh
    Nov 01, 2011 @ 23:10:34

    salam kenal🙂

    Reply

  4. rumah kuning
    Dec 08, 2011 @ 04:57:38

    t kasih

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: