Jom Kita Bergembira

Hari ni hari memasak sedunia. Merapu lagi lah makcik ni. Tergoda dengan Sami Yusof rancangan Master Chef Malaysia le gamaknya. Bagus jugak kan. Rajin le makcik masak dua tiga hari ni. Atie, sila muntah dalam bilik air. Ada orang perasan…. Hehehe Sebenarnya terjeles dengan orang tu yang dah banyak kali tunjuk kehandalan dia masak hingga semua orang menjilat jari.
Jadi hari ni pagi pagi lagi makcik ke pasar seolah-olah makcik yang nak berjualan di sana. Masalah betul le bila sekali sekala pergi “kedai nad” ni. Macam-macam makcik berkenan ala-ala orang mengidam. Semua nampak segar dan mula terbayang nak masak itu, nak masak ini. Haru betul…. Ayam kg nampak sedap, puyuh, ketam, udang, ikan sungai yang masih berkelip-kelip yg sekor pun saya tak kenal nama, sayur kg dan ulaman segar yg macam-macam jenis. Semuanya nampak manis di hati makcik. Itu belum termasuk lagi buah “katak puru” (nam nam), rambai, durian belanda, duku “tahi ayam”. ihhh… semuanya teringin. Nasib baik pergi dengan en suami, boleh dia tolong berkiri kanan membawa barang masih boleh bersabar dan tidak diborong semua yang disebut itu. Sempat le jugak mengingat pesanan ustaz semasa sekali sekala mendengar ceramah agama. “Ada pun orang yang membazir itu saudara syaitan”. Kalau beli semua tu, confirm akan membazir sebab yang nak makan di rumah hanya tiga mulut je. Nasib baik teringat. Hehehe

Yang ni memang tak boleh ditahan-tahan. Nak beli dan nak nak masak jugak.

Ini pun sama. Wowww kuning.


Ada kaitan ke dgn tajuk? Mesti le….
Sangat gumbira ala-ala shopping kasut & hbag di Sogo rasanya pagi tadi.

5 Comments (+add yours?)

  1. Yellow
    Nov 04, 2011 @ 06:04:21

    heh… tak leh jadi ni….gambar no.1 tu menikam kalbu ku!!!! tak boleh tahan!!!!!! sila ulangi "jom kita bergembira" ni masa kami kami pulang nanti!!! tak abis abis ngan sogo dia… tahu lah mase sogo buat opening, dia kena jemput!!! hehehehe

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Nov 04, 2011 @ 07:12:46

    sogo dibuka masa makcik muda remaja dulu-dulu. rasanya yg besorlah masa tu.berlagak dpt masuk buang air kena bayar tigaposen di sogo.ke tertukar tem lain. hehehe

    Reply

  3. HappyIrfa
    Nov 04, 2011 @ 07:37:47

    kalau camtu xyah gi Sogo la.wabak gi pasar segar je.hehe.telur ikan tu yang tak tahan

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Nov 04, 2011 @ 07:59:06

    Happyirfa,gitu le nampak gayanya. hehehe. pic kedua tu bukan telur ikan tapi ketam. yg kuning tu telurnya.

    Reply

  5. HappyIrfa
    Nov 08, 2011 @ 09:27:31

    hah!yer ker?maluuuuuuuuuu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: