Satu Sama

Hari ni cuti sekolah dah bermula. Dan hari ni jugak rumah kuning terima tetamu dari Temasik dan pulau mutiara. Tak nak cerita pasal tu. Yang makcik nak cerita  adalah pasal benda berwarna oren kat bawah. Dua minggu lepas, species ini  telah beradu kekuatan dgn hero kat rumah kuning hingga menitik-nitik darah di jari dan terpaksa berjumpa doktor dek kesakitan yang bukan sedikit. Hari ni, makcik terlebih rajin sikit. Nak masak le utk tetamu yang baru sampai. Sebelum menyentuh makhluk yang masih bergerak-gerak tu,  makcik dah ambik langkah keselamatan. Makcik matikannya terlebih dahulu. Selepas dah berpuashati, barulah makcik pegang untuk menyiang dan membersihkannya. Tiba-tiba….. uwaaa …. dia gigit/sepit jari makcik dengan gagah perkasanya. Ingatkan dah mati. Apalagi, makcik menjerit memanggil hero yang tewas dua minggu lepas. Mesti tetamu makcik  cakap, apa le bini dia ni menjerit macam guruh terkejut kerana tidak menyangka makcik yang lemah lembut ini boleh menjerit sedemikian rupa. Sakit wei. Kalau panggil ghupe berbisik, sapa nak dengar. Lama lagi le dia menyepit jariku ini.

Tapimakcik takde le sampai gi klinik. Hehehe berlagak lagi nih. Padahal baru kenasepit dengan ketam yang dah koma. (koma koma pun, bengkak jugak jarimakcik) Kalau kena dengan ketam yang masih segar bugar macam orang tu 2 minggulepas, rasanya menjejes air mata makcik sehari semalam.

 

mentang-mentang le sepit kau ni tajam, asyik nak menyepit je ya.

2 Comments (+add yours?)

  1. Rashid
    Nov 19, 2011 @ 17:16:18

    uiss biar betul kena sepit sampai koma? adoii .. ketam tu gelenyar toi.

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Nov 19, 2011 @ 22:55:39

    cikgu rashid,ketam yang koma, bukan orangnya.masa dia nak mati tu sempat lagi sepit jari saya.hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: