Mencari Biru Muda

Suka sebab tahun depan Ain tak perlu lagi pakai uniform sekolah warna putih.
Bukan tak suka warna putih tapi bila melibatkan pakaian warna putih amat siksa untuk menjaga keputihannya. Macam tahun lepas, awal tahun dah beli beberapa pasang uniform sekolah. Bila sampai setengah tahun, semua yang putih melepak tu dah jadi kelabu kelat (masa tu belum pasang penapis air lagi). Jadi, sebagai ibu yang prihatin (muntah dlm bilik air ye…perasan gila makcik nih) makcik berusaha untuk menyelamatkan keputihan baju-baju tersebut dengan macam-macam pemutih yang  ada dalam pasaran. Tapi satu pun berkesan. Makcik jugak ada  letak air limau kasturi pada baju-baju tersebut tapi keputihannya tetap tidak terserlah. Baju-baju tu tetap suram macam dah pakai sepuluh tahun. Nasib baik makcik tak lumur garam, gula atau pun rendam dalam cat putih. Melampau makcik nih. Last sekali makcik terpaksa beli baju baru. Selesai masalah.  Tapikan, nama pun budak. Bila pakai baju putih bukan pandai nak jaga. Ada je benda tercalit sana, tercalit sini yang menyebabkan kita kena sental bagai nak rak. Apapun alhamdulillah hingga akhir tahun lepas, baju-baju yang dibeli pertengahan tahun tu masih lagi putih sebab air dah cantik.Memang berbaloi guna penapis air tu.

Tahun depan  Ain pakai baju biru. Mengikut surat yang cikgu bagi,  dia dipilih jadi pengawas bestari. Baju biru muda, kain biru tua, kasut hitam, tudung biru muda. Masa makcik sekolah dulu hanya ada pengawas sekolah dengan pengawas pusat sumber je. Sekolah makcik sekarang ni  pun takde pengawas bestari.
Ain, pengawas bestari tu sama dgn pengawas pusat sumber ke?
Tak. pengawas p. sumber sek ain pakai baju purple.

Jadi kelmarin kami tiga beranak mulakan misi mencari baju biru. Susah jugak nak cari sebab tak tahu tahap  kebiruan yang dimaksudkan. Ain cakap sebelum ni takde lagi pengawas bestari. Entah ye entah tidak. Dia ada juga bersms dgn kawan-kawan sekolahnya dan diberitahu baju tu ada di kedai sekian-sekian. Bila makcik pergi, memang ada baju warna biru tapi tak tergamak nak beli. Macam jahit sambil tutup mata. Last sekali makcik beli baju biru yang ada di kedai canggih. Cantik tapi beli sehelai je. Tudung pulak takde di kedai tu. Makcik teruskan misi mencari tudung di Bazar Tok Guru. Pusing sana pusing sini tapi tak jumpa. Masa nak turun dari bazar tu, nampak beberpa helai  tudung sekolah bergantung.
Mokcik, tudung sekolah warna biru ada ke?
Takdak mek wei. aaaaa gini, gini…mek masuk lorong kanan deppan tuh. pahtu sebelum tangga, kona kanan. Sittu banyak jual baju sekolah, tudung biru pun ada..

Tak jadi turun, saya mengikut arahan makcik tu. Alhamdulillah memang banyak  uniform sekolah. Dan makcik beli sehelai tudung yang sama warna dengan baju. Dah cakap dengan Ain, kalau cikgu cakap OK, baru kita pergi beli lagi. Kain? Takyah beli dulu sebab kain biasa tu pun dah warna biru tua. Jadi pakai yang tu dulu. Kalau cikgu kata OK warna tu, baru kita pergi beli. Kasut dan stokin no problem, boleh dibeli kat mana-mana je. Alhamdulillah beres.

8 Comments (+add yours?)

  1. pB
    Dec 06, 2011 @ 03:30:45

    sokmo lagu tuawal tahun putih luihhujung tahun , hitae kelabu asap

    Reply

  2. Yellow
    Dec 06, 2011 @ 04:15:16

    sekarang tidak lagi!!! sebab dah pakai penapis air kan???? bestnya jengjalan cari baju budak sekolah!

    Reply

  3. Rumah Kuning
    Dec 06, 2011 @ 04:40:55

    pB,gitu lah pB. budak2 paka nak jaga belah mana sangat. tu pun pesan sokmo. kalu nak duduk tempat perhimpunan, selak baju dulu. duduk atas kain. kalu mkn minum jangan wi nittik atah baju. tapi cemar sokmo jugak. hehehe

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Dec 06, 2011 @ 04:42:51

    yellow,ambo tak best jenjalan cari baju budak sekolah. kalu cari handbag, kasut budak tak sekolah, memang bestttt.

    Reply

  5. jedi
    Dec 06, 2011 @ 06:21:11

    xdok anok skoloh lg…pasni kena rasa la baju putih jadi hitam…

    Reply

  6. Citarasa Rinduan
    Dec 06, 2011 @ 07:01:31

    lagi 2 tahun ayu kena cari uniform sekolah umai..pandai ain.. jadi pengawas, masa ayu form 1-5 jadi pengawas gak…

    Reply

  7. Rumah Kuning
    Dec 06, 2011 @ 07:13:33

    jedi,biasa le budak2. hari ni kena dakwat pen, kelmarin kena sambal ayam pedas. hehehe

    Reply

  8. Rumah Kuning
    Dec 06, 2011 @ 07:15:53

    citarasa rinduan,kalau cari baju raya lagi haru. kita berkenan, dia tak berkenan. dia berkenan, kita pulak tak berkenan. cari baju sekolah senang,takde masalah gitu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: