Para Gadis Dan Para Teruna Juga…Usah Mudah Percaya

Jika orang yang anda tak kenal atau tak biasa datang kerumah, tiba-tiba muncul depan pintu  rumah anda. Rasa-rasanya boleh percaya ke kata-kata mereka. Kadang-kadang mereka cakap nak minta mempelam, jambu, betik macam-macam lagi lah  yang  tengah lebat depan/belakang  rumah anda. Anda percaya?. Ada jugak yang bawak kain, nak jahit baju le konon-kononnya. Ada yang cakap, eh…kata ayah nak jual kambing, mana kambingnnya, makcik/pakcik  nak tengok. Lama dah makcik/pakcik dok cari nak beli kambing.  Ada juga kejadian, orang yang kita kenal, datang dengan saudara dia yang kita tak kenal. Diorang mungkin cakap, makcik minta tolong sedara makcik ni mari hantar, makcik tak reti bawa motor/kereta. (Padahal boleh je naik teksi/naik bas). Jadi, hati-hati  bila kejadian begitu berlaku. Yang  pura-pura tersilap rumah pun ada. Ni rumah Cik Temah kan. Dia ada di rumah ke?  Padahal takde langsung orang yang nama Cik Temah tinggal brhampiran  rumah anda. Kalau ada sekalipun Cik Temah dekat rumah anda, boleh anda  percaya dia betul-betul mencari rumah Cik Temah? Macam-macam  helah diorang. Konon-konon nak tempah kuih pun ada. Siap nak tumpang bilik air pun ada. Kalau terjadi kejadian-kajadian begitu kepada anda, jangan terus percaya sebab mungkin diorang nak
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cari  menantu 
Jadi, Jangan le buka pintu/tingkap
“nak jambu/.mempelam, ambik le sendiri”
” Kitorang  tak jual jambu/mempelam. Kalau teringin, pergi le beli kat kedai”
“Takdak sapa reti jahit baju rumah ni. Kita pun tempah kat kedai”
“Bila masa pulak ayah bela kambing, silap orang  le.”bumm hempas tingkap.
“Ni bukan rumah Cik Temahlah”  Kedebum tutup pintu.

Sebenarnya, itu cara orang dulu-dulu cari menantu.
Tapi ada jugak orang sekarang guna cara begitu.
Walau apa pun,
akhlak mulia  amalan kita.

Sekian, Wassalam.

4 Comments (+add yours?)

  1. Yellow
    Dec 07, 2011 @ 01:13:18

    Assalamualaikommm……tumpang tanya, ni umah tokey restoran SHAM ke?? kite saja je nak ziarah, dgr citer, ade anak pompuan!! kui kui kui…nasib baik umah kite takde pintu. semua naik bata! selamat SASA kena intai!!😛

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Dec 07, 2011 @ 02:22:44

    AWak nampak depan tuh ada papan tanda restoran syam ke?Itu gaya jawapan kalau dtg naik kancil. Hehe

    Reply

  3. Outbound Malang
    Dec 09, 2011 @ 01:34:32

    mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    Reply

  4. Rashid
    Dec 16, 2011 @ 14:40:11

    Orang sekarang guna cara begitu untuk menipu atau nak menyamun ..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: