Adat le kan……

Sekali bah sekali pantai berubah. Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. Dulu-dulu pergi sekolah bawak 50 sen dah mewah beli makanan. Sepuluh sen beli nasi, sepuluh sen beli air,. Gulu-gula dah boleh beli dgn duit 5 sen. Sekarang ni cuba bagi kat Ipin 50 sen. Apa yg boleh dibeli. Usahkan nasi, air sirap pun tak lepas rasanya.


Dalam masyarakat, organisasi mahupun negara, ketua yg bertukar ganti pun kadang-kadang tak sama gaya dan cara walaupun hasrat dan harapannya mungkin serupa. Ada yg lebihkan itu, kurangkan yg ini. Lebih yg ini, kurangkan yang itu. Tapi  perlu diingat, ramai manusia memang tidak suka dipaksa. tapi kalau kena gaya dan cara, usahkan kerja berpanas melebihi masa, berhabis wang ringgit  pun tidak dikira.


Selagi bernama manusia, sesiapa pun tetap perlu kpd rakyat biasa walaupun berpangkat, berdarjat, berharta tak habis kira. Jadi tutur kata, tingkah laku usah mengikut sesedap rasa. Manusia kecil di sekeliling kita mesti diambil kira. Apatah lagi si tua lama walaupun pada kita tiada siapa-siapa, takde apa-apa.
Akhirnya, kalau awak suka, saya pun suka. Kalau awak berkira, saya pun sama.

4 Comments (+add yours?)

  1. Yellow
    Dec 23, 2011 @ 09:35:00

    kira duit bonus ke? nak kira jugak?? haha

    Reply

  2. Rumah Kuning
    Dec 23, 2011 @ 11:28:00

    yellow,tazkirah ptg jumaat le. takdenya nak kira bonus. nak habis dah pun. hehehe. nak belanja balik le…

    Reply

  3. sekamar rindu
    Dec 23, 2011 @ 16:41:13

    salam…dulu lain sekarang lain..:)

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Dec 23, 2011 @ 22:35:05

    betul3x. lain dari kebanyakan segi tapi mesti sama dlm pegangan agama.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: