Cerita Seminggu

 Assalamualaikum. Lama tak update blog.
Cuti CNY  lepas, adik ipar kawin. Jadi boleh tahan jugak makcik menyibukkan diri.
Tak sempat nak update blog.
Padahal makan je lebih, kerja tak seberapa. Hehehe
Siapa berani cakap gitu, nampak tak gunting kat bawah?. Nak makcik gunting mulut???

Inilah pengantinnya. Adik bongsu en. suami.

Lepas je kenduri hari tu, makcik tak tunggu-tunggu lagi. Terus  cuti-cuti Malaysia. 
Awal pagi Selasa lepas, kami tiga beranak terus ke KL. Dua malam berada di sana.
Pemandangan dari Sunway Putra Hotel
Berendam memang takleh tinggal

Suka le tu….
Maknya yang tak berapa nak suka sebab terpaksa melangut tepi kolam berjam-jam.

Dari KL perjalanan diteruskan menuju  ke N9. Singgah Seremban kejap pastu terus ke Kuala Pilah. Acara diteruskan dgn melawat Muzium Diraja Sri Menanti.

 Bersama Prof Dr Hj.Muhammad Fauzi, isteri dan anak-anak melawat muzium.

 Model bergaya dalam muzium.
Seterusnya, kami dibawa  oleh Prof Fauzi ke rumahnya.
 Model tak berbayar posing depan pagar rumah.
 Sebaik sahaja  pintu pagar dibuka, makcik betul-betul terpegun.
Wowww………..
 Ada sebuah masjid

 Rumah Darat

 Rumah ??? ( maaf…tak ingat rumah apa)

 Rumah Darat dari pandangan sisi.

 Dan rumah ketiga. Tempat kami tiga beranak bermalam.
Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, suasana aman damai ….
Oh seronoknya berada di sini.
 Comel……melengkapkan lagi 3 buah rumah yang unik itu.
  Ini pun sangat memikat hati.
 Macam-macam barang antik ada
 Siapa kenal benda ni?
Betul-betul rasa seperti berada di sebuah muzium.
Basikal pun banyak. Tetamu yang datang boleh berbasikal di sekitar kampung.
Ain ngan abahnya tak melepaskan peluang meronda menggunakan basikal ini.

Esoknya, selepas makan pagi kami meneruskan perjalanan ke Taiping, Perak. Petangnya macam biasa terjun kolam dan pagi esoknya melawat Zoo.

Dapat berendam. Suka le…..
Lawatan sambil belajar???
Penat berjalan, posing…

Posing lagi….
Dah habis satu pusingan, kami bertolak balik. 
Alhamdulillah, kelmarin sampai di rumah jam 5 ptg  selepas 5 hari 4 malam meninggalkan rumah kuning.

***Terima kasih kpd Prof Dr Hj Fauzi, isteri dan anak-anak kerana menyediakan tempat tinggal yg istimewa utk kami bermalam. Juga kerana makan minum yg sangat  menyelerakan sepanjang kami berada di Kuala Pilah.
***Terima kasih juga kepada En Othman (abg Man ) dan isteri kerana  mengambil dan menghantar serta menjamu kami sekeluarga. Mee udang sangat yummyyy……….


8 Comments (+add yours?)

  1. wahida
    Jan 30, 2012 @ 09:28:02

    negeri sembilan mmg byk tempat menarik sebenarnya kan…

    Reply

  2. rumah kuning
    Jan 30, 2012 @ 12:17:19

    wahida,suka pergi pantai PD jugak. hehehe

    Reply

  3. Rashid
    Jan 30, 2012 @ 15:48:52

    wah sakan cuti-cuti Malaysia tuu .. sampai rumah tentu terus terlentang. zzzzz .. haha!!

    Reply

  4. rumah kuning
    Jan 30, 2012 @ 22:29:05

    Sampai rumah tak boleh terus zzzz…. bermulalah pulak proses dobi mendobi. hehehe

    Reply

  5. Munnafendy
    Feb 01, 2012 @ 02:09:43

    isy..dpt berendam kat pool tu xjalan ke mana pun xpe dah kak! hihi…hantu air ni =P

    Reply

  6. MaryaYusof
    Feb 01, 2012 @ 02:17:33

    Wah, seronoknye dr KL terus ke N9… Muzium tu dah dokek bonar dgn umah lamo sey🙂 heheheee…Pernah amik gambo kawen kat situ🙂

    Reply

  7. Rumah Kuning
    Feb 01, 2012 @ 02:29:52

    Munnafendy,Kalau boleh tak nak keluar dari kolam tu. Tak mkn tak minum pun takpe.sebenornya, mak dia pun teringin jugak tapi memandangkan wajib pakai bikini, tak dapatlah maknya nak berjimba dlm kolam tuh. Hehehe

    Reply

  8. Rumah Kuning
    Feb 01, 2012 @ 02:35:20

    MaryaYusof,Ooo begitu rupanya.comel2 je rumah kat sana.Bila dengar org n9 bercakap, ain boleh tanya, ummi diorang tu cakap bahasa apa? Hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: