10 Syawal

Sudah 10 Syawal. Raya sudah, sekolah pun dah buka. Percubaan SPM pun dah bermula.
Sejak akhir-akhir ni, malas pulak nak update blog. Cerita-cerita pasal raya pun takde.
Sebenarnya raya 2012 ni meriah macam tahun-tahun lepas jugak. Alhamdulillah ramai tetamu jauh dan dekat yang berkunjung rumah kuning. Terimakasih semua dan harap maaf jika tersalah dan terkurang  juadah atau layanan. Al maklumlah makcik takdak bibik, takdak anak dara besar yang boleh membantu angkat cawan, basuh pinggan, lap meja. Kadang-kadang sampai makcik pun konfius, eh..eh…aku ni bibik ke tuan rumah. Hehehe punya le bersinsing lengan sorang-sorang kat dapur. Nasib baik dapur kecik, takyah lari ke hulu ke hilir.  Padahal masak dan bancuh air je pun.

5 Syawal, makcik bertiga beranak  ke KL. Dok di Sunway Putra 2 mlm. . Rasa macam tak cukup je 2 mlm tu  tapi Ahad dah sekolah. Nak taknak, terpaksa jugak  balik pagi Sabtu tuh.

Biskut  raya ada lagi nih. Masa raya hari tu, makcik rasa biskut-biskut tu tak berapa sedap. Balik sekolah tadi, makcik makan sebijik setiap jenis yg ada atas meja, sedap pulak  rasanya. 2 minggu lagi, mesti laaagi sedap. Berbaloi makcik beli. Bukan belilah, buattt.  Hehehe

Minggu akhir sebelum raya, seronoknya makcik mengalahkan ain. Sebabnya makcik terima satu-satunya kad raya untuk tahun ni. Mesti awak pun jeles kan. Makcik terima kad raya dari  blogger tersohor iaitu  KUJIE Terimakasih kak. Terimakasih banyak-banyak.

6 Comments (+add yours?)

  1. Marya Yusof
    Aug 29, 2012 @ 03:15:52

    As salam RK,Bestnye dpt kad raya! Kami kat sini tak terima pun kad raya! huhuuu.. maybe next year lah nak mintak kad raya dr semua org….hahaha… :DRaya mmg penat tapi seronok & meriah kan… alahai rindunya raya di Msia! :))

    Reply

  2. Marya Yusof

  3. Lynn
    Aug 29, 2012 @ 03:30:47

    Lynn langsung tak dapat kad raya kak..tapi raya kali ni sangat menyeronokkan….selamat ari raya…air tangan akak lagi sedap dr air tangan bibik..hehehe

    Reply

  4. Lynn
    Aug 29, 2012 @ 03:30:47

    Lynn langsung tak dapat kad raya kak..tapi raya kali ni sangat menyeronokkan….selamat ari raya…air tangan akak lagi sedap dr air tangan bibik..hehehe

    Reply

  5. Rumah Kuning
    Aug 30, 2012 @ 08:00:38

    marya,dah lama kita asyik terima ucapan dgn sms je, jadi bila dpt kad raya, rasa happy sgt.lynn,bibik utk basuh pinggan, lap mana yg patut je. dasar m… hehehe

    Reply

  6. Rumah Kuning
    Aug 30, 2012 @ 08:00:38

    marya,dah lama kita asyik terima ucapan dgn sms je, jadi bila dpt kad raya, rasa happy sgt.lynn,bibik utk basuh pinggan, lap mana yg patut je. dasar m… hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: