Dalam Kenangan

Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy…. daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe  Lupakan bab makan-makan ni.  Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam  banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama  empat lima  orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut  ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu….
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah  dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya  ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami,  “Itulah kakak yang selimutkan  saya masa dok di Arafah” . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : “Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?”
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.

Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.

12 Comments (+add yours?)

  1. MystoryPic
    Oct 25, 2012 @ 15:13:39

    Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha RK

    Reply

  2. MystoryPic
    Oct 25, 2012 @ 15:13:39

    Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha RK

    Reply

  3. Rumah Kuning
    Oct 25, 2012 @ 16:16:42

    MystoryPic,T kasih. Slmt Hariraya juga dari saya.

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Oct 25, 2012 @ 16:16:42

    MystoryPic,T kasih. Slmt Hariraya juga dari saya.

    Reply

  5. Ibuhani
    Oct 30, 2012 @ 00:02:30

    Tersentuh kan bila org yg x dikenali buat kebaikan pd kita! Subhanallah…..teringinnya ke sana!

    Reply

  6. Ibuhani
    Oct 30, 2012 @ 00:02:30

    Tersentuh kan bila org yg x dikenali buat kebaikan pd kita! Subhanallah…..teringinnya ke sana!

    Reply

  7. Kak Zue
    Nov 01, 2012 @ 00:47:53

    Terkenang juga pengalaman yang sama pada tahun lepas. Rinduuuu sangat2 suasana itu.

    Reply

  8. Kak Zue
    Nov 01, 2012 @ 00:47:53

    Terkenang juga pengalaman yang sama pada tahun lepas. Rinduuuu sangat2 suasana itu.

    Reply

  9. Rumah Kuning
    Nov 01, 2012 @ 07:34:28

    ibuhani,betul tu. InsyaAllah akan sampai masanya kak ani juga akan menjadi tetamuNya.

    Reply

  10. Rumah Kuning
    Nov 01, 2012 @ 07:34:28

    ibuhani,betul tu. InsyaAllah akan sampai masanya kak ani juga akan menjadi tetamuNya.

    Reply

  11. Rumah Kuning
    Nov 01, 2012 @ 07:36:46

    kak zue,kengangan yg memang terpahat di hati. semoga kita akan menjadi tetamuNya lagi dan lagi.

    Reply

  12. Rumah Kuning
    Nov 01, 2012 @ 07:36:46

    kak zue,kengangan yg memang terpahat di hati. semoga kita akan menjadi tetamuNya lagi dan lagi.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: