Lebih 1200 KM

Perjalanan kami bertiga bermula pada pagi 20 Nov 2012.  Kami bergerak secara santai dan  tidak terkejar-kejar sambil menikmati panorama sepanjang perjalanan.
 

Destinasi pertama adalah Cherating. Dalam fikiran, mesti senang nak dapat bilik sebab bukan hujung minggu. Jadi, makcik takdelah tempah online. Rupa-rupanya dlm cuti sekolah ni, susahnya nak dapat bilik. Mula-mula kami singgah di Suria Cherating Beach Resort, lepas tu  Impiana, seterusnya Sanctuary. Semuanya penuh, hinggalah resort kelima kami singgah (kalau tak silap), barulah kosong. Tapi  agak mengecewakan kerana resort tersebut, dalam dan luar macam terbiar walaupun ada swimming pool. Swimming pool penting oooi. Sepanjang kat resort tu, kami tak jumpa pun pegunjung lain. Entah-entah kami je duduk kat situ. Masa check out esoknya, dipulangkan balik RM40.00 kerana breakfast tidak disediakan.

 Bermain pasir je lah. Takde mood nak bermandi manda. Terkejut dengan keadaan resort tuh. 
Esoknya Rabu 21 Nov pagi-pagi lagi kami meneruskan perjalanan ke KL. Sekali lagi  kami menginap di Sunway Putra Hotel. Lepas solat dan  makan, tanpa bertangguh lagi Ain melepaskan gian berendam.  Seperti biasa maknya yang jadi mangsa terpaksa melangut di tepi kolam. Nasib baik bawak novel. Hehehe

Petangnya, makcik pulak melepaskan gian. Window shopping  je pun. Dari Parkson The Mall sampai ke Sogo jugaklah. Malamnya, lepas makan Ain membuta kepenatan. Makcik layan novel dan en suami keluar jumpa kawan. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi Ain berendam dan  lebih kurang pukul 12.00 tghri kami check out dan meneruskan perjalanan ke Ipoh.

Sampai Ipoh, check in Sri Malaysia, lepas tu keluar makan dan ronda pusat beli belah. Petang, acara wajibnya adalah menemankan Ain berendam.  Malam, dah malas nak keluar, makan je kat hotel. Lepas tu makcik ngan Ain ZZzzzz sampai pagi. En suami bersembang dengan kawannya yg datang dari Sungai Siput entah sampai pukul berapa. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi berendam time. Tak puas-puas le budak sorang ni berendam. 

23 Nov, lebih kurang pukul 11.30 kami check out dan bertolak pula ke Pulau Penang.  Singgah R&R apatah, beli dan makan durian  4 biji RM 10. Tiga orang boleh habis 4 biji durian. First time dok  Sri Malaysia Penang. tilam dia tak best, sakit belakang. Petangnya, kami keluar makan di Kassim Nasi Kandar. Sedapnya…. memang kena dengan selera kami bertiga. Lepas tu window shopping di Queensbay Mall dan malamnya ZZZzzz. Eh…makcik tak tidur mana pun. Tiba-tiba je kaki bengkak dan sakit. 
Shhhh…. Sri Malaysia Penang ni pun ada swimming pool. tapi makcik dah letih melangut tepi kolam. Nasib baik dari bilik kami  tak nampak kolam. Jadi tiap kali budak tahun 4 tu mintak nak mandi kolam, makcik cakap : Tak nampak pun kolam  Hotel ni takde kolam kot…..  Dua tiga kali dia mintak dan dua tiga kali juga makcik beri alasan tuh, lama-lama dia pun lupa. Jadi, selamat le makcik. Hehehe

Pagi 24 Nov kami bertolak balik.  Lima hari berjalan, 4 buah hotel/resort dah duduk, cukup le tu. Lagi pun , kaki dah sakit.  Petang, sampai rumah dan malamnya pergi klinik sebab sakit kaki dah tak boleh tahan.

Hari ni, acara diteruskan dengan  kerja dobi mendobi. Sekian Wassalam.

Eh ada lagi, terjumpa pic yang comel nih.

Laksa penang yang sangat le sedapnya. Rasa macam nak makan dua mangkuk hehehe

4 Comments (+add yours?)

  1. Marya Yusof
    Nov 26, 2012 @ 22:12:07

    Laksa Penang always my fav! Aduh kecur ayaq liuq… Pernah ke Cherating mcm RK tak plan & tak tempah hotel last sekali bermalam di Kuantan budget hotel yg bising tghmlm org repair kereta! sighh*

    Reply

  2. Marya Yusof
    Nov 26, 2012 @ 22:12:07

    Laksa Penang always my fav! Aduh kecur ayaq liuq… Pernah ke Cherating mcm RK tak plan & tak tempah hotel last sekali bermalam di Kuantan budget hotel yg bising tghmlm org repair kereta! sighh*

    Reply

  3. Rumah Kuning
    Nov 27, 2012 @ 10:12:56

    mrya,lain kali, kita mesti tempah hotel siap2. tk kira musim cuti sek ke, tak ke, tengah minggu ke, hujung minggu ke. mesti tempah siap-siap.hehehe

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Nov 27, 2012 @ 10:12:56

    mrya,lain kali, kita mesti tempah hotel siap2. tk kira musim cuti sek ke, tak ke, tengah minggu ke, hujung minggu ke. mesti tempah siap-siap.hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: