Jalan-Jalan Bandung

Sebenarnya sebelum pergi Bandung hari tu, agak berdebar sebab first time ke luar dari Malaysia tanpa menggunakan travel agency. Hanya bertiga beranak pulak tuh. Kami bertolak dari LCCT pada jam 6.40 pagi 10/12/2012. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai je Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung, supir (Pak Dadang) dah  tunggu. Alhamdulillah. Kami terus ke Utari Hotel. Saya dah tempah hotel ni beberapa minggu sebelum datang Bandung. Hotel yang bersih dan agak selesa dengan harga Rp450.000 ( RM142.00 )  semalam. Lepas check in hotel, tanpa berlengah lagi kami terus ke Tangkuban Perahu. Kalau tak silap, kami dikenakan bayaran masuk Rp165.000.  Sekejap je kami di sini. Lepas tengok sana, tengok sini, lari sana, lari sini  (ramai panjual yang mengekori  ke mana kami pergi), ambil gambar  empat lima keping, kami meninggalkan Tangkuban Perahu. Masa tu hujan renyai-renyai.  
Seterusnya singgah makan tengahari di restoran Kampung Daun.  Makanan ok, harga pun takde lah mahal sangat. 4 orang makan ( kami 3 org  + Pak Dadang  RM80 lebih.  Tapi kuciwa sikit sbb takleh mkn gurame bakar. Ada ke patut budak yg ambik order tu cakap, dia lupa tulis.
Acara seterusnya adalah ke Cibaduyut. Sepanjang perjalanan tu, kami bertiga tidur je memanjang. Mengantuk sebab mlm sebelumnya sampai LCCT dah dekat pukul 12 mlm. Pastu tidur je di kerusi sampai pagi. Tak sampai 20 minit pun kami berada di Cibaduyut ni. Banyak barangan kulit tapi semua macam tak berkenan.  Langsung tak beli apa-apa kat situ.
Seterusnya ke Toko Tiga yang femes emos dengan jeans itu. Kat sini memang best. Makcik tak tahu le murah ke mahal tapi pakcik ni cakap murah dari kedai di Malaysia. Kedai ni siap ada tempat solat lagi walaupun agak sempit.  Dari Toko Tiga, kami ke Rumah Mode. Orang yang pakai berfesyen2 mungkin  suka ke Rumah Mode tapi orang macam makcik ni, sekadar tengok-tengok jelah. Takde yang berkenan di hati. 
Acara seterusnya adalah makan malam walaupun masa tu bukanlah malam lagi. Kami singgah makan di Restoran Sedarhana (masakan padang). Empat orang makan tak sampai pun RM50.00. Lepas makan, balik hotel, berehat.  Malam, ZZzzz dengan lenanya. Habis satu hari di Bandung.
Hari kedua. Breakfast di hotel. Pukul 9 lebih Pak Dadang  sampai dan kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah, cuma lagi besar dan macam-macam ada. Lain kali kalau nak datang sini, kena tuju /cari benda yang kita nak beli je. Takyah berjalan keliling pasar ni macam nak patah kaki. Hehehe kami le tu. Dalam pukul 12 lebih, kami keluar dari pasar ni lepas Ain bising sakit / lenguh kaki. Seterusnya, makan di Restoran Simpang Raya dan singgah beberapa FO. Salah satunya Donatello. Seterusnya balik hotel. Petang, rehat. Malam, keluar ke FO berdekatan hotel. Supir boleh berehat panjang sebab petang kami tak keluar dan malam kami keluar sendiri.  Lupa nak cakap, supir ni kawan yang tolong carikan. Bayarannya  Rp 1.5 juta (RM475.00) untuk 3 hari. 
Sepanjang kami berada di Bandung ni, tiap petang dan mlm  hujan  Masa kami keluar mlm tu pun, baru masuk satu FO, dah hujan selebat-lebatnya. Akhirnya, kami  meredah hujan balik ke hotel.
Hari ketiga kami ke Trans Studio. Suka le budak 10 tahun nih. Tiket masuk, tua muda semua sama. Isnin – Jumaat Rp 150,000. Sabtu, Ahad Rp 200,000. Trans Studio ni buka pukul 10 pagi ya anak-anak. Jadi, takyah datang sini awal sangat. Kami dok dalam tu hingga jam 1 lebih. Kat sini, bapaknya pulak yang sakit/lenguh kaki. Si anak cergas je ke sana ke mari, main itu main ini. Sssshhh yang mencabar tak main pun. Takuttt…. Keluar dari Trans Studio, terus ke kedai makan. Sekali lagi kami ke restoran masakan padang. Seterusnya, sebab esok dah nak balik, bermulalah misi mencari beg. Masa datang, kami bawa sebijik hand luggage je. Jadi, bila balik haruslah beg pun beranak. Seterusnya pergi ke Heritage. Kalau nak ke Bandung lain kali lah kan, Heritage ni FO yang wajib pergi. Banyak je benda yg makcik berkenan kat sini.  Satu lagi, Donatello. Wajib pergi. Hehehe.   Dari Heritage, kami singgah di Amanda. Orang cakap brownies dia sedap. Jadi, makcik beli le sikit takut kempunan.  Petang, rehat. Malam, makan je di hotel. Sebenarnya, makanan di Utari Hotel ni sangat murah berbanding dgn hotel-hotel di Malaysia.  
Hari keempat di Bandung, khidmat supir dengan bayaran Rp 1.5 juta dah takde. Kami pun dah tak berhajat nak kemana-mana.Lepas breakfast, packing barang (macam le byk sangat) Sebenarnya Rp pun dah kering. Hehehe. Dlm pukul 11 pagi, makan tengahari juga di hotel. Seterusnya bersiap untuk ke airport. Kami dah minta Pak Dadang hantar. Bayaran yang dikenakan adalah Rp 300,000 bersamaan RM 95.06. Saya ada tanya pekerja hotel, teksi dari hotel ke airport berapa? Dia cakap Rp 50,000 bersamaan RM 15,84.  Hehehe tapi sebab dah janji dgn Pak Dadang, rela je lah. Lepas solat zuhur, kami bertolak ke airport. Penerbangan kami jam 1.15 tapi  hari ketiga kami di Bandung, Air Asia hantar email memaklumkan  penerbangan AA dijadualkan semula ke apa istilahnya, maka dari 1.15 jadi 3.50 petang.  Nasib baik kami buka email. Kami sengaja pergi awal sebab kita tak tahu macamana keadaan di airport Husein Sastranegara itu. Dibuatnya macam pak arab bekerja. Haru….. Walau bagaimanapun Alhamdulillah, urusan berjalan lancar dengan pekerja-pekerjanya yang sangat baik budi bahasanya. Memang tabik spring…. Tapi kan, nasib baik kami pergi awal. Dapat le duduk di kerusi. Ruangan menunggunya, sempit sesangat sempit. Padat dan ramai yang terpaksa bersila di lantai.  Akhirnya, bye bye Bandung dan hampir pukul 7 mlm waktu Malaysia, kami sampai di LCCT. Mlm tu kami tidur di Tune Hotel. Flight kami ke KB pada pukul 6.35 pagi keesokannya.  Lain kalilah makcik cerita pengalaman pertama bersama Tune Hotel. 

Makcik ada tanya Ain, nak gi lagi tak ke Bandung. Laju je dia jawab. Nakkk tapi nak gi Trans Studio je. Sabor jelah…. 
Jom kita tengok gambar

 Tangkuban Perahu
 Trans Studio

 

                                  Di restoran Kg Daun                                   Pasar Baru


Di hadapan Donatello

 

                                                                    

24 Comments (+add yours?)

  1. Biarlah rahsia
    Dec 16, 2012 @ 01:05:04

    wah bestnya akak…jalan2 bandung…seronok budak tecit tu masuk trans studio…hehe

    Reply

  2. Biarlah rahsia
    Dec 16, 2012 @ 01:05:04

    wah bestnya akak…jalan2 bandung…seronok budak tecit tu masuk trans studio…hehe

    Reply

  3. Rumah Kuning
    Dec 16, 2012 @ 08:00:09

    Biarlah rahsia,sekali sekala tengok tem org.masuk dlm trans studio tu, mak budak yg tak berapa nk seronok. hehehe

    Reply

  4. Rumah Kuning
    Dec 16, 2012 @ 08:00:09

    Biarlah rahsia,sekali sekala tengok tem org.masuk dlm trans studio tu, mak budak yg tak berapa nk seronok. hehehe

    Reply

  5. AdaM Hawa
    Dec 16, 2012 @ 13:44:18

    wah! bestnya.. bile la dapat jejak kaki d sana..

    Reply

  6. AdaM Hawa
    Dec 16, 2012 @ 13:44:18

    wah! bestnya.. bile la dapat jejak kaki d sana..

    Reply

  7. Yellow
    Dec 17, 2012 @ 09:42:29

    Wah wah wah…. seronoknya rumah kuning!! Patut, bawak balik sorang cewek dari bandong!! Boleh jadi pembantu saya!!

    Reply

  8. Yellow
    Dec 17, 2012 @ 09:42:29

    Wah wah wah…. seronoknya rumah kuning!! Patut, bawak balik sorang cewek dari bandong!! Boleh jadi pembantu saya!!

    Reply

  9. Rumah Kuning
    Dec 17, 2012 @ 11:44:32

    AdaM Hawa,Best jugak gi Bandung. Merasa le pegang duit juta juta. Hehehehe walaupun Rp.

    Reply

  10. Rumah Kuning
    Dec 17, 2012 @ 11:44:32

    AdaM Hawa,Best jugak gi Bandung. Merasa le pegang duit juta juta. Hehehehe walaupun Rp.

    Reply

  11. Rumah Kuning
    Dec 17, 2012 @ 11:45:47

    Yellow,Ngak bisa buk. Nanti polisi tangkap.

    Reply

  12. Rumah Kuning
    Dec 17, 2012 @ 11:45:47

    Yellow,Ngak bisa buk. Nanti polisi tangkap.

    Reply

  13. MystoryPic
    Dec 18, 2012 @ 01:55:01

    Kak…Masa saya pergi bulan 3 ari tu ngan family pun semua cari sendiri. Tapi lain kali kalau pergi Bandung tak payah pergi Tangkuban Parahu… penjual tu memaksa … saya buat bodoh jer, tak beli apa2 pun. Lagi ok ke Kawah Putih rasanya.Tapi kalau nak pergi lagi ke Bandung saya kurang berminat la…

    Reply

  14. MystoryPic
    Dec 18, 2012 @ 01:55:01

    Kak…Masa saya pergi bulan 3 ari tu ngan family pun semua cari sendiri. Tapi lain kali kalau pergi Bandung tak payah pergi Tangkuban Parahu… penjual tu memaksa … saya buat bodoh jer, tak beli apa2 pun. Lagi ok ke Kawah Putih rasanya.Tapi kalau nak pergi lagi ke Bandung saya kurang berminat la…

    Reply

  15. Lynn
    Dec 18, 2012 @ 04:52:31

    As salam RK..seronoknya pegi Bandung..lynn teringin jugak nak pegi tahun depan..harap2 dimakbulkan..amin

    Reply

  16. Lynn
    Dec 18, 2012 @ 04:52:31

    As salam RK..seronoknya pegi Bandung..lynn teringin jugak nak pegi tahun depan..harap2 dimakbulkan..amin

    Reply

  17. Rumah Kuning
    Dec 18, 2012 @ 12:02:10

    MystoryPic,Kakak pun penah baca org ckp Kawah Putih lagi ok. Tapi mcm teringin nak gi T Perahu tu sbb kebanyakan org gi Bandung mmg pergi kat situ. Takpelah… lain kali kalau sampai lagi ke Bandung, memang takkan pergi T Perahu.

    Reply

  18. Rumah Kuning
    Dec 18, 2012 @ 12:02:10

    MystoryPic,Kakak pun penah baca org ckp Kawah Putih lagi ok. Tapi mcm teringin nak gi T Perahu tu sbb kebanyakan org gi Bandung mmg pergi kat situ. Takpelah… lain kali kalau sampai lagi ke Bandung, memang takkan pergi T Perahu.

    Reply

  19. Rumah Kuning
    Dec 18, 2012 @ 12:03:43

    Lynn,Bawa duit banyak2, pastu jelajah FO dia yg byk tuh. Hehehe

    Reply

  20. Rumah Kuning
    Dec 18, 2012 @ 12:03:43

    Lynn,Bawa duit banyak2, pastu jelajah FO dia yg byk tuh. Hehehe

    Reply

  21. Marya Yusof
    Dec 20, 2012 @ 18:14:28

    As salam RK,Mesti shopping byk kan! Saya selalu dgr org cerita je bandung ni tapi belum pernah sampai lagi… Seronok baca cerita akak :))

    Reply

  22. Marya Yusof
    Dec 20, 2012 @ 18:14:28

    As salam RK,Mesti shopping byk kan! Saya selalu dgr org cerita je bandung ni tapi belum pernah sampai lagi… Seronok baca cerita akak :))

    Reply

  23. Rumah Kuning
    Dec 21, 2012 @ 05:38:02

    Marya,Tak shopping mana pun. byk berjln je

    Reply

  24. Rumah Kuning
    Dec 21, 2012 @ 05:38:02

    Marya,Tak shopping mana pun. byk berjln je

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: