Ujae Tak Celik Mata

Teringat masa kecil-kecil dulu. Tempat beginilah yang menjadi pilihan dan tumpuan kami untuk mandi manda setiap kali hujan turun. Setiap rumah pasti ada “seloran” ( saluran ? ) yang ala-ala air terjun ini. Selagi tidak menggigil dan biru bibir, kami tidak akan berhenti dari meneruskan aktiviti yang sememngnya amat menyeronokkan ini. Tapi sekarang, kenapa kita tidak membenarkan anak-anak kita mandi hujan? Sebab…usahkan mandi hujan, terkena air hujan sikit pun dah selsema/ demam. Kenapa dulu kita tak demam walau pun berjam-jam berpesta air hujan?? Ops, di luar hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Macam nak banjir je….Teringat putu halba….

Hujan
Sudirman Hj. Arshad

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…

5 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Faiz
    Oct 20, 2007 @ 15:33:00

    Sano doh start hujan..
    Sini dah start sejuk..
    Mana satu yg best?
    huhuhu

    Reply

  2. zairaza
    Oct 21, 2007 @ 13:03:00

    abe paih tok abes2 nge huhuhu dio…

    haih~

    Reply

  3. Hilarious
    Oct 22, 2007 @ 01:21:00

    huhuhu tu ado maksud “tersendiri”..

    paih meme pah ceroh ‘huhuhu’..ceroh doh pun ‘huhuhu’ lg..

    Reply

  4. iqah
    Nov 03, 2007 @ 05:48:00

    iqah x de raso mandi ‘seloran’. Best ko che su?

    Reply

  5. Hail Afiq
    Nov 13, 2007 @ 09:17:00

    putu halbo…sedak tu…

    Reply

Leave a reply to Hail Afiq Cancel reply